Wahai bakal imamku,
Jumaat ini datang lagi,
membawa rahmat pada sekian umat.
Dan di kala tengah hari merangkak,
langit membiru panas mencarak,
dalam benakku terlakar fikir,
hati pedih sendu terukir,
mataku mencerling ke sasar,
syabab islam tidak membawa kaki ke masjid
di kala azan jumaat berkumandang,
Ya Allah betapa aku malu,
syabab islam tidak menunaikan solat jumaat.
Ah! bagaimana dengan dirimu wahai imamku,
Adakah jejak kakimu ke masjid
atau ke kedai mamak mengenyangkan perut?
Bagaimana kau mahu menjadi imamku?
Bagaimana kamu mahu memimpinku jua
bakal mujahid dan mujahidah kita?
Bagaimana kau ingin menegurku
di kala kesalahan mencemarku?
Adakah kau hanya mampu melihat?
Adakah kau hanya tertunduk masyghul
Melihat kami terus hanyut dengan tsunami dunia?
Wahai imamku,
tidak kuimpikan paras rupamu,
tidak juga kekayaanmu,
aku rela semua itu tiada,
cukup sekadar yang mampu.
Wahai imamku,
pimpinlah aku,mujahid dan mujahidah kita pada jalan yang diredhai,
hukumlah aku, mujahid dan mujahidah kita
andai kesalahan terbukti di depan mata,
semoga kita di bawah lindungi-Nya,
hanya ini yang kupinta.
Hak Cipta Terpelihara Syifaa Zakaria