Assalamualaikum.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penyakit kolera dan kes pertama dikesan di daerah petaling. Sedangkan kita masih belum menang melawan wabak covid19, kini kita berhadapan dengan peperangan wabak kolera dan pihak kerajaan telah menyarankan agar kita sentiasa memastikan makanan dan minuman yang diambil sentiasa bersih. Selain itu, YB Khairy turut menasihat agar kita membasuh bahan makanan, bahan masakan dengan air bersih atau menggunakan pencuci makanan.
Disini aku nak share 1 penapis air luar rumah, apa fungsi dan kebaikan bila pasang penapis air luar rumah atau kita panggil Penapis Air Bamboo dari Coway. Penapis air ni akan menapis semua bendasing, kotoran yang terdapat didalam air sebelum disalurkan kedalam rumah. Jangan salah faham selepas memasang penapis air luar rumah kita masih perlu memasang penapis air didalam rumah untuk memastikan air yang diminum betul-betul bersih.
Penapis air luar rumah ini seperti pengawal pertama dirumah dengan menapis segala kotoran didalam air sebelum disalurkan kedalam rumah. Penapis air didalam rumah adalah pengawal kedua yang memastikan air yang akan kita minum dan masak betul-betul bersih dari kuman dan bakteria.
Selepas memasang penapis air luar rumah, kita sentiasa dapat menggunakan air bersih seperti mandi, basuh bahan masakan dan menyiram tanaman. Penapis air luar rumah ini boleh dipasang dirumah biasa dan bertingkat seperti apartment, kondo dan lain-lain.