Dua minggu lepas aku pegi street art dekat ipoh dengan kak not masa on the way nak balik kedah. Memang hobi kami merayau sebelum balik dan kami singgah street art ipoh dengan hanya 1 tujuan nak tangkap gambar. Hahaha. Selalu orang kata kami suka buat benda mengarut macam tu tapi biar lah sampai bila kita nak hidup atas kata orang, ye dak.
Kitaorang pusing 2,3 kali jugak masa nak cari semua lukisan dinding tu disebabkan lukisan dinding tu dilukis dibelakang kedai jadi kitaorang tak perasan selepas google dan tengok map baru jumpa.
Aku lampirkan sekali gambar dengan map yang kitaorang jadikan rujukan. Semoga dapat membantu. Dekat situ banyak lagi lukisan dinding tapi disebabkan kitaorang dah kesuntukkan masa hanya ini je dapat di snap dan dijadikan kenangan.