Assalamualaikum wbt, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Lama menyepi dari main tekan-tekan keyboard, ketandusan idea dan bicara membuatkan rumah ini bersawang.. kesian dapat tuan pemalas macam sy... kui3
Hari-hari yang dilalui banyak memberi pengajaran dan pengertian buat kita sebagai manusia yang bezanya sama ada kita sedar atau tidak dengan pengajaran dan pengertian itu. Bila sihat kita dikeliling oleh ramai orang dengan pelbagai ragam dan ketika sakit juga kita akan dikelilingi oleh ramai orang dengan pelbagai penyakit, tanpa kita sedar kesakitan yang kita lalui adalah kifarah dosa[penghapus dosa] kecil yang kita lakukan sama ada sedar atau tidak. Bagi petugas hospital pelbagai pesakit dan kematian yang dihadapi setiap hari tapi mereka tetap sabar berhadapan.
Saya teringat kata-kata abah ketika duduk bersama bersembang sambil memerhati gelagat pesakit dan pelawat didalam hospital, yang kini menjadi rumah kedua bagi kami.
Masa ni(susah,sakit,sedih) baru kita kenai kawan-kawan kita, sama ada dia kawan,sahabat atau sedara. masa kita sihat,kuat ramai boleh gelak dengan kita bila kita dilanda musibah...[abah diam sambil merenung jauh], tapi kita kena bersangka baik kat semua orang jangan fikir mereka sengaja biarkan kita terkapai mencari kekuatan. Kita tak tau apa masalah yang mereka hadapi dan mereka juga tidak tahu apa kita rasa, jangan terlalu mengharap kepada orang tapi saling percaya antara sama lain, semua orang ada tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan.

"Tidak ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim berupa letih, sakit, gundah, atau sedih, dan tidak pula bencana tersusuk duri yang melukainya melainkan Allah menghapuskan dosa-dosanya kerananya. " (Ditakhrij oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad, dan selain mereka)
orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Apa yang jadi semua nie sebab ALLAH sayangkan kita nak tengok tahap kesabaran dan keimanan kita, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156 Kita kena bersangka baik dalam semua keadaan dan sabarkan hati walau apa pun yang terjadi.
"Innallaha ma'ashobirin"..."sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
Wassalam..