Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah, sahabat dan ahli keluarga baginda..
Kita sebenarnya hidup didunia ini bersama karomah ALLAH jika ada yang mengatakan ALLAH tidak pernah sayang padanya adalah salah, kenapa saya katakan salah sebabnya kita boleh lihat jika ALLAH tidak sayang kita adakah kita boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan didunia ini. ALLAH yang menurunkan hujan, mencipta matahari untuk memberi pancaran cahaya kepada kita menjalankan aktiviti disiang hari dan saya percaya kita boleh berfikir sejenak dan PASTI sahabat-sahabat semua boleh melihat kasih sayang yang ALLAH bagi kepada kita.
Mungkin ini hikmah tayar motor saya pancit pagi tadi dan saya menerima ilmu yang sangat berguna dari abah tercinta.
Ketika itu saya sedang memandu untuk ke maahad tahfiz tempat abah menabur tenaga kepada bakal-bakal tahfiz insyaallah, sebelum saya terus memandu ke tempat pratikal.
abah: adik kerja masuk pukul berapa?
saya: 9, dan lagi nak hantaq abah p tahfiz.
abah: satg pas antaq abah ikut jalan pulau pisang.
saya: ok.
abah: macam mana keja kat situ?ok?
saya: ok tapi syarikat tu macam ada masalah dalaman.
abah: masalah yang datang semuanya dari kita sebenarnya, bila kita tak bersyukur dan tidak menjalankan tanggungjawab kita kepadaNYA, kalau adik tengok sebenarnya kita hidup bersama karomah ALLAH dan syafaat Rasul.
saya: macam mana tu?
abah: cuba tengok ALLAH yang turunkan hujan, bagi cahaya matahari, udara, bagi pokok tumbuh semua tu karomah ALLAH kalau ALLAH tak turunkan semua tu rasa-rasa kita boleh hidup dak?
saya: dak.
abah: sebab tu kita kena bersyukur dan berterima kasih pada ALLAH jangan sombong, orang yang tak bersyukur akan jatuh tersungkur walaupun dia kaya dan dah berjaya.
saya: syaafat Rasulullah macam mana pulak?
abah: sunnah! sunnah itu syafaat Rasulullah. kan Rasulullah penah cakap kamu tidak akan terpesong jika kamu mengikut setiap sunnah ku, jadi kalau kita ikut sunnah itulah syafaat Rasulullah, sebenarnya didunia pun kita dah dapat syaafat itu tapi kita yang tak sedar. Jangan tinggalkan sunnah buat walaupun tak boleh buat semua.INGAT! kita jaga solat, ALLAH akan jaga kita, kita jaga agama, ALLAH jaga kita, contoh dah ada apa lagi kita nak nafikan contoh sahabat-sahabat Rasulullah semuanya tu contoh. "kita hidup didunia bersama karomah ALLAH dan syafaat Rasulullah, dan jika hidup kita berlandaskan 2 panduan Al-Quran dan As-Sunnah insyaallah kita tidak akan terpesong dari landasan islam sebenar. Kalau kita kaya dan berjaya tapi tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNYA percayalah 1 hari nanti kita akan jatuh tersungkur."
Terdiam diri ini bila mengenangkan apa yang dikatakan oleh abah pagi tadi.
Semoga bermanfaat untuk semua...
Wassalam..