Assalamualaikum Wbt.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah. Para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Setelah 8 bulan berlalu selepas pemergian mak tercinta,baru diri ini diberi kekuatan untuk mencoret cerita tentang mak tercinta di dalam blog ini. Maaf mungkin ada lagi dikalangan sahabat-sahabat saya yang belum tahu ibu saya telah tiada. Mak saya meninggal dunia pada tanggal 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432, hari jumaat pada pukul 10.10 minit pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Mak saya disahkan menghidap penyakit Kansel Darah atau dalam bahasa perubatan Lymphoma boleh tekan di perkataan lymphoma untuk keterangan tentang penyakit ini.
Mak menghembuskan nafas terakhir dihadapan saya dan abah, ketika itu hanya mampu dilakukan hanya menangis dan menangis. Apa yang terpikir ketika itu hanya aku dah tak ada mak,aku tak sempat balas jasa dan pengorbanan mak, aku tak sempat tunaikan impian aku untuk menghantar mak dan abah ke mekah dengan hasil titik peluh ku sendiri. Aku tak sempat! Allah..Allah. Ketika itu hanya abah menjadi penguat semangat ini, abah memeluk erat tika kami menghadapi saat itu, saat mak ku pergi menghadap pencipta sebenar. Saat yang saya tak nak berhadapan tapi sebagai manusia kita tidak dapat menahan, orang yang kita sayang akhirnya pergi juga.
Selepas 5 minit pemergian mak, kelihatan kak long keluar dari lif bersama alia,abang cik dan abang long(abang ipar saya). Saya terduduk sayu kini bermulalah saat mengitung detik-detik yang akan berlalu dan detik perpisahan yang tak akan ada pertemuan lagi. Terus kak long menerpa dan bertanya mak macam mana, hanya air mata menjadi jawapan tika itu. "Kita dah tak mak kak long, kita dah tak mak, cik(abang cik), maisara dah tak dak atok" hanya itu saja yang mampu dikata. Abah terus menarik diri ini dalam dakapan memberi secebis kekuatan walaupun pada sebenarnya dia juga merasa seperti anak bongsunya ini.
"abah kalau kita tak paksa mak masuk wad mesti mak ada lagi kan"
"kita terpaksa memaksa mak adik, tak kan kita nak tengok mak lemah macam tu. mak dah tenang kat sana, redha mak pergi na"
Ayat itu yang keluar tika mak telah pergi, ketika kami melangkah keluar dari icu dan ayat itu juga yang saya utarakan ketika ibu telah selamat dikebumikan. Pada pukul 11 pagi sebuah kotak besi ditolak keluar dari icu dimana tempat mak menghembuskan nafas terakhir, tiada soalan tapi ada jawapan. Siapa lagi kalau bukan mak didalam kotak besi itu, ketika mak masuk hospital diri ini juga yang menolak mak masuk bersama kerusi roda dan ketika mak pulang juga ditolak bersama kotak besi dan diri ini juga yang menolak kotak besi itu.
Ya Allah berilah kekuatan pada diri ini untuk memberi bakti terakhir untuk ibu ku, hanya itu doa dipohon pada Allah tika berada didalam van jenazah untuk pulang ke rumah. Ketika sampai rumah ku sudah dipenuhi dengan kenalan dan sahabat handai abah dan mak, terdengar surah yasin dibaca dari dalam rumah dan kelihatan jiran-jiran sibuk memotong bunga untuk ditabur didalam kain kapan mak nanti. "Adakah aku bermimpi? tidak! aku tidak bermimpi mak aku dah tak dak!" terasa langkah kaki ini seperti memijak angin terasa tiada kekuatan untuk meneruskan langkah tika mak dibaringkan diatas katil,ruang tengah rumah ditempat selalu mak tidur dan menonton tv dan ruang itu juga menjadi tempat terakhir mak berbaring.
Alhamdulillah 6.15 petang mak selamat disemadikan di tanah perkuburan Taman Rahmat, Jitra. Tika itu hanya air mata menjadi pengiring kerana diri ini sedar sekejap lagi tiada lagi wajah mak, walaupun mak tak berkata tika terbaring kaku sekurang-kurangnya diri ini dapat menghilangkan rasa rindu ini dengan menatap wajah bersih itu tapi sekejap lagi akan ku gagahkan langkahan kaki untuk meninggalkan mak berseorangan disini dan aku tidak akan dapat menatap lagi wajah itu. Mak adik rindu mak! adik sayang mak! adik redha, kita semua milik Allah satu hari nanti adik pun akan ikut mak tapi ketika ini adik tak mampu menahan air mata ini dari terus mengalir. Allah, berhentilah air mata jangan kau terus mengalir, berhentilah.
"adik nah duit, bawak kak long beli lauk. tak lama dah nak berbuka"
"abah suh abang ka abang cik ka p beli boleh dak?"
"depa p beli cawan, malam ni ada tahlil kat rumah kita"
Diri ini kuatkan juga langkahan kaki ke bazar ramadhan berdekatan rumah, tika berselisih dengan kawan-kawan dan sahabat mak abah hanya ucapan takziah yang keluar dari baik kata-kata mereka. Diri ini hanya mampu memberi senyuman sebagai tanda terima kasih, diri ini tidak terasa lapar apatah dahaga hanya berbuka untuk mengalas perut dan kita memang kena berbuka.
"ramai kawan-kawan abah kata, anak-anak abah kuat,sabaq, tak teriak masa mandikan mak(saya dan kak long), masa simpan mak(abang dan abang cik)"
Hanya senyuman menjadi ganti diri ini, saya sendiri tidak tahu datang dari mana kekuatan itu setitis air mata tidak jatuh ketika memandikan mak dan tidak terasa hendak menangis. Ketika itu saya terasa seperti mandikan mak ketika saya mandikan mak dihospital sebelum ini, selepas selesai mengapankan mak baru terasa ada seperti air mengalir dan sampai sekarang masih terasa sejuknya dahi mak dan masih terbayang senyuman mak buat kali terakhir untuk semua.
Selamat tinggal ibuku, tiada lagi pertemuan didunia untuk kita. Insyaallah akan ada pertemuan antara kita diakhirat kelak. Adik akan terus merindui dan cintakan mak selamanya.
wassalam.
p/s: akan membuat entry tentang hari pertama mak masuk wad dan hari terakhir mak berada diwad. Juga pada bulan 2 2011 ketika kami(sy dan abah) terpaksa berkomplot untuk membawa mak ke KMC(Kedah Medical Central) untuk membuat medical checkup.

Dalam Kenangan
1957 - 2011