Assalamualaikum.
Selama 3 hari selepas pemergian siti sarah, aku belajar banyak perkara dari perkongsian Shuib, sahabat -sahabat rapat dan keluarga beliau.
Perkara utama yang ditekan didalam kehidupan seharian mereka adalah setiap pagi bangun jam 5.30 pagi, berjemaah menunaikan solat sunat tahajud, sunat qabliyah, solat subuh, membaca surah al-waqiah dan bersedekah subuh. Mereka lakukan setiap hari tanpa gagal, dan menjadikan semua itu sebagai perkara wajib dilakukan.
Jujur aku katakan aku sangat cemburu dengan cara pengakhiran siti sarah dan kehidupan rumah tangga mereka berdua. Kebaikan disebut-sebut selepas pemergian beliau. Sesungguhnya mereka cuba membaiki diri dan kehidupan dengan mendekati Allah dan islam dengan cara yang sangat baik.
Aku berazam untuk menjadi isteri seperti siti sarah, siti khadijah isteri yang sangat dicintai oleh Rasullah dan menjadikan rumah tangga aku seperti mereka. Rumah tangga yang diberkati dan diredhai oleh Allah.
Bersyukur dengan apa yang ada dan Allah akan menambah apa yang kurang. Semoga allah menerima semua amalan kita dan memberkati kehidupan kita didunia dan akhirat.