Assalamualaikum,
Harini aku nak share cerita sedih, mungkin ada yang tahu aku bekerja didalam bidang penerbangan dan aku telah diberhentikan pada 1.11.2020. Semalam adalah hari terakhir aku bersama Malindo Airways secara rasminya selepas menyerahkan semua barang yang aku dapat sepanjang bekerja dengan Malindo.
Seperti semua maklum, Malindo Airways telah mengeluarkan berita yang akan memberhentikan pekerja seramai 2200 atau lebih dan aku adalah seorang daripada 2200 orang tersebut. Seperti semua maklum, bidang penerbangan adalah bidang yang terjejas terok kesan dari masalah ekonomi dari serangan penyakit yang tak nampak adalah covid19.
Aku dah kerja dengan Malindo selama 4 tahun 7 bulan, pertama sekali aku sedih, sebab ini adalah pekerjaan pertama dan pekerjaan yang betul aku bekerja selepas pratikal masa belajar dulu. Lepas pratikal aku kerja 6 bulan ditempat yang sama lepas aku pratikal. Aku dah ready mental dan fizikal pasal pembuangan staff ni, macam-macam kemungkinan boleh jadi disebabkan masalah ekonomi sekarang dan ini adalah kenyataan 2200 pekerja Malindo Airways diberhentikan.
Tipu lah kan kalau tak sedih tapi perjalanan hidup perlu diteruskan, perlu mencari pekerjaan baru dan mulakan hidup baru dengan kerja baru. So aku start join coway sementara nak dapatkan kerja baru, sesuai dengan pengalaman dan kelulusan aku. Doakan aku kawan-kawan!
Sampai disini sahaja jodoh aku dan Malindo Airways. Aku doakan semua kawan-kawan aku dan pekerja lain yang diberhentikan dipermudahkan urusan. Semua yang jadi ni ada hikmah yang tersembunyi, redha dan jangan pernah putus asa! Rezeki Allah itu luas, berusaha dan jangan berhenti mengharap rahmat Allah.
Doakan aku jugak!