Assalamualaikum WBT,
selawat dan salam buat junjungan baginda Rasulullah,para sahabat dan keluarga baginda.
Pagi 5 ramadhan 1432 bersamaan 5 ogos 2011 aku,abah,dan abang masih didepan ICU walaupun kami tidak dibenarkan masuk melawat mak kerana ketika itu bukan waktu melawat. Sementara menunggu kami duduk bersembang abah ada cerita yang abah mimpi mak pagi semalam, abah mimpi mak datang dalam sebuah bilik muka berseri memakai jubah merah hati sambil tersenyum kepada abah, abah ada panggil tapi mak berjalan keluar dari bilik. Ketika itu terdetik dihati adakah itu petanda mak akan tinggalkan kami selamanya tapi ia hanya terdetik dihati tidak dimulut, tiba-tiba telefon abah berbunyi dan abah tergesa-gesa masuk sambil kata "DR suruh abah masuk".
Allah ketika itu debaran didada kencang berdegup, abang sambung tidur selepas semalam tidak selesa tidur didepan ICU yang penuh dengan nyamuk. Tetiba abah keluar cari yasin,
"adik nampak yasin kuning abah?"
"Tak nampak, sat adik cari dalam beg abah"
Kami mencari bersama ketika itu abang sudah didunia mimpi.
"abah nah, jumpa dah"
"adik call kak long, cari abang cik suruh depa mai cepat,gerak abang sekali"
"awat abah,mak macam mana?"
abah berjalan laju masuk dalam ICU, aku hanya memandang dari jauh dan ketika itu perlbagai andai yang terbit dibenak fikiran. Selang 5minit hati bagai menyuruh untuk masuk kedalam, aku langkah jua kaki walau ketika itu terasa berat.
Aku terdengar alunan yasin dari abah disebelah mak, abah hanya tunduk melihat yasin mungkin abah hendak menyembunyikan kesedihan dari aku selepas berjumpa Dr.
"abah baca yasin adik ajaq mak mengucap"
aku berjalan hampir ke katil mak dan berhenti betul ditelinga kiri dan disebelah ada mesin jangka hayat, setelah 4 hari mak masuk ICU kini aku sudah pandai membaca apa yang tertera di mesin jangka hayat dan tekanan darah mak turun mendadak. Allah adakah aku akan kehilangan mak, Allah kau panjangkanlah usia ibuku.
Walaupun mulutku mengucap untuk mengajar mak tapi mata ini tidak terlepas dari memandang mesin hayat, banyak Dr kata walaupun orang tu koma tapi dia sedar jadi mungkin ini khidmat aku yang terakhir untuk mengajar mak mengucap walaupun dia tidak mampu mengeluarkan sepatah kata.Tidak lama dari itu abang masuk mungkin dia tersedar aku dan abah tidak berada didepan ICU, dia hanya duduk sambil melihat mak tanpa sepatah kata ketika itu sekitar 8.35pg. 8.45pg pak long masuk sambil dipimpin oleh guard ICU,paklong abang kepada abah dan dia agak rapat dengan mak.
"abang hang mai dengan sapa?"
"sorang.aku tak sedap hati dok kat rumah, dari semalam aku ingat kat ton"
abah menyambung bacaan yasin yang terhenti,paklong membaca secara hafazan dan aku terus mengajar mak mengucap.
"ya aku nak p tandas"
"lothfi bawak pak long p tandas".
"abah"
ketika aku mengajar mak mengucap aku terdengar beep panjang dari mesin hayat hanya perkataan abah yang mampu aku keluarkan dan air mata bagai mengerti ia mengalir tanpa dapat ditahan.
"adik jangan teriak tepi mak, p dok sana"
"abah, mak"
abah bangun dan terus memeriksa denyut nadi mak, masih ada tapi lemah.
"adik cari Dr"
aku terus mencari Dr didalam ICU.
"pakcik makcik nazak dah, adik ajaq mak mengucap na"
tiada apa yg dapat aku katakan hanya air mata yang mengalir dan abah terus mengajar mak mengucap, tepat 10.10 pagi Dr sahkan mak pergi tinggalkan kami.
"abah adik tak dak mak dah, adik tak dak mak dah"
"adik ada abah, adik jangan teriak" abah memeluk aku erat memberi kekuatan tapi abah juga gagal menahan air mata.
"mak xdan p konvo adik,adik xdan nak antaq mak p mekah dengan abah"
"abah ada,abah p konvo adik, adik antaq abah p mekah na"
Mak mula masuk wad kami bertiga dan ketika mak pergi meninggalkan dunia juga kami bertiga, Allah kuatkan hati-hati kami dengan kehilangan orang tersayang, mula masuk wad mak ditolak dengan kerusi roda bila keluar mak ditolak dengan kotak besi. Ya Allah kau tempatkanlah ibuku dikalangan orang-orang yang beriman.
Pagi 5 ramadhan 1432 bersamaan 5 ogos 2011 dan hari ini 5 ramadhan 1433 bersamaan 25 julai 2012 genap setahun mak pergi buat selamanya, perginya dikau tidak kembali.
wassalam.