Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Ramai tegur aku dah kurus dari jarang jumpa sampai yang selalu jumpa. Selalu tanya buat apa?makan apa? Aku jawab diet. Tapi berat aku mula turun bulan puasa tahun lepas, lepas tu sambung puasa 6. Dah mula turun aku start diet atkiens lepas tu. Kiranya berat aku turun 8kg jugak walaupun aku cheat bila balik kedah. Apa diet atkiens tu nanti next post aku cerita kiranya post ni teaser jelah.. Hahaha.. Jangan marah haaa
Aku selalu baca blog orang dan kadang - kadang aku terpikir ada ka orang baca blog aku yang dah bersawang dan berhabuk kalau rumah mesti dah usang sebab lama sangat tinggai tak berpenghuni. Kalau nak kira trafic memang tak dak lah sebab tu aku timbul tenggelam dekat blog ni dan pagi tadi aku dah set mind lepas ni aku tulis ja ada orang baca ka tak itu tak penting. Janji blog aku hidup!