Assalamualaikum!
Harini aku nak cerita pasal sakit gigi, sebenarnya aku pun tak ingat bila last aku sakit gigi tapi yang pasti aku sangat elak untuk sakit gigi. Aku start sakit gigi minggu lepas hari sabtu, tapi tahap sakit tu tak menganggu hari-hari cuti cny dan aku sempat mengisi masa cuti dengan bahagianya. Heh!
Bermulanya sakit yang tak boleh ditahan adalah hari rabu, hari pertama mula bekerja dan berubahlah aku menjadi sopan. hahaha. Petang selepas kerja aku ajak suami aku cari klinik gigi, disebabkan masih dalam mood cuti maka kami perlu mencari klinik yang masih buka selepas jam 6 petang. Selepas hampir 30minit mencari baru jumpa klinik itu adalah klinik ke 4.
Sebenarnya aku takut dengan Doktor gigi, tapi disebabkan sakit yang aku hadapi tak boleh nak ajak berbincang maka aku kuatkan semangat untuk berjumpa doktor gigi. Disebabkan pergi selepas waktu bekerja tiada pesakit jadi masa menunggu tidak sampai 5minit dan aku masuk berjumpa doktor untuk menerima rawatan.
Selepas doktor melihat keadaan gigi aku dan doktor cadangkan 2 kaedah rawatan. Pertama cuci dahulu kemudian dalam masa 2 minggu jika masih sakit baru cabut gigi dan rawatan kedua adalah cabut terus gigi yang sakit tu. Doktor terangkan antara gigi bongsu dan gigi kekal ada ruang jadi sisa makanan terkumpul dan menyebabkan gusi bengkak.
Walaupun aku takut untuk cabut gigi tapi aku tetap ambik pilihan kedua disebabkan nak cepat baik dari sakit gigi dan selepas balik aku merasakan pilihan aku salah. Hahaha! Aku rasa sakit selepas cabut gigi lebih sakit dari sebelum cabut gigi.
Yang peliknya sepanjang minggu ini aku tengok ramai kenalan aku yang sakit gigi, adakah sekarang musim sakit gigi? Aku doakan semua yang sedang sakit gigi diberi kesembuhan dan sabar melayan tahap kesakitan masing-masing. Semoga ini menjadi asbab gugurnya dosa-dosa kecil kita.
Sekian luahan tak manfaat dari aku. hahaha!