Assalamualaikum semua!
Aku nak share dengan semua, semalam aku ada training di Sungai Petani dan aku ke sana dengan naik komuter. Di kedah public transport sekarang hanya ada komuter, dan telah memudahkan perjalanan bagi orang yang bekerja disekitar sungai petani sampai ke penang.
Ok aku bukan nak cerita pasai komuter tapi aku nak cerita yang aku sekarang pejuang takaful dan kenapa dipanggil pejuang takaful?
Semua orang tahu bila ada dikalangan adik beradik atau kawan menjadi agen takaful kita akan menjauhkan diri kerana kita risau dia akan approach dan minta kita langgan takaful ni. Bukan senang menyebarkan kesedaran tentang pentingnya takaful kepada diri sendiri dan keluarga.
Kenapa aku cakap susah? Sebab dikalangan kita dipemikiran agen takaful hanya sembang pasal mati, sakit kritikal dan lumpuh. Sebenarnya kami sebagai pejuang takaful tidak pernah meminta sesiapa yang kami jumpa untuk menghadapi situasi yang kami terangkan tapi kami ingin menyebarkan kesedaran betapa pentingnya kita sediakan perlindungan kepada diri sendiri dan keluarga.
Aku nak bagi 1 pertanyaan untuk kita berfikir, kita semua punya kereta dan setiap tahun kita perlu ambik takaful/insurans setiap kali memperbaharui cukai jalan. Tapi kenapa kita sanggup ambik takaful/insuran untuk kereta dan menambah polisi cermin pecah, bencana alam dan kemalangan?
Tapi kenapa kita tak sanggup untuk ambik perlindungan diri sebagai persiapan seperti persiapan kereta bila berlaku cermin pecah, bencana alam dan kemalangan. Aku percaya takaful untuk kereta setahun ada yang mencecah ribuan dan jika ncd elok boleh mendapat pengurangan, tapi sedarkah kita bahawa jika dibahagi 12 jumlah takaful itu sama seperti takaful diri yang kita langgan.
Adakah anda pernah terpikir bahawa takaful kereta dan diri konsepnya sama. 1 produk yang tidak nampak tapi yang nampak hanya kereta dan diri kita sendiri.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Sekian.
