Assalamualaikum wbkt....
Apa sudah jadi!!!!banyak cerita - cerita dalam surat khabar,tv,radio masalah gejala sosial bukan saja dikalangan remaja tetapi dikalangan para yang mengetahui ilmu agama.Dimana letaknya ilmu yang tersemat didada yang patut diberi tunjuk ajar kepada orang lain tapi diri sendiri juga tidak betul.Adakah ini tanda dunia akhir zaman "Apabila golongan Agama tidak lagi boleh di harap untuk mendidik masyarakat... apa akan jadi pada dunia khusus nya anak generasi kita...?? bila Golongan Agama tidak lagi boleh di percayai... maka urusan agama di serahkan pada yang bukan ahli.... inilah tanda2 Akhir Zaman..."
Banyak kejadian telah berlaku seperti bencana alam itu semua adalah amaran dari ALLAH untuk para manusia agar bertaubat kepadanya bila melakukan kesilapan ALLAH Maha Penyayang menerima taubat hambaNYA tapi apa yang dilakukan oleh manusia kini bila diajak melakukan kebaikkan digelak dan pelbagai alasan yang diberi "aku muda lagi nanti aku dah tua aku bertaubatlah" sempatkah kita menghadapi usia TUA belum tentu kita bertemu usia TUA adakah kita mahu pergi dalam keadaan yang hina tanpa sempat mengucap
أشهد أنْ لا إله إلا الله وأشهد أنَّ محمدًا رسول الله
adakah kita mahu meninggal dalam keadaan yang hina???pergi bertemu dengan pencipta tanpa membawa bekal untuk membantu kita dalam menghadapNYA nanti di akhirat nanti.Subhanaallah semoga kita bukan dikalangan orang - orang yang rugi.
LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Kita sebagai khalifah didunia ini haruslah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah dalam ingat mengingati sesama kita.Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...Semoga kita bersama bergading bahu dalam menjaga martabat agama suci kita.
SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
"SEORANG AKAN BERKUMPUL DENGAN YANG DICINTAINYA..." Anas r.a. berkata: Seorang bertanya kepada Nabi saw.: Bilakah hari KIAMAT ya Rasulullah? Jawab Nabi: Apakah yang engkau persiapkan untuk menghadapi kiamat itu? Jawabnya: Aku tidak mempersiapkan solat, puasa atau sedekah yang banyak, tetapi aku merasa cinta pada ALLAH swt dan Rasulullah saw. Jawab Nabi saw. Engkau bersama yang engkau cintai. (Bukhari, Muslim).
Wassalam...
Ertinya:Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara -perkara itu ialah:
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".H.R Ibnu Majah
Ertinya:Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
H.R Muslimi

0 comments