::. Sebuah Kehidupan .::

By Anonymous - 1:25 PM

Assalamualaikum wbt...

"Adik!!!!!!jangan p main dekat sana main dekat ngan mak abah nie!!!"
"adik xmain jauh pun dekat nie ja"
selepas 10 minit..
"YA ALLAH budak ini!!!mak dah kata main dekat sini sana tempat dalam"
"mana ada adik main kat sana adik main kat sini tadi ayaq yang tolak adik p sana"
"budak nie menjawab ja...dah naik xyah mandi dah!!!"
"adik nak mandi lagi...uwaaaaaaa!!!!"
"p mandi ngan abang cik ngan abang tu!!abang tengok adik nie jangan bagi dia p tempat dalam!!!"
terkedek - kedek seorang budak perempuan berjalan menuju kearah dua orang abangnya dengan senyuman penuh makna...makin dilarang makin kuat keinginan untuk mencuba sebab tu ada orang tua cakap suruh buat jangan dilarang nanti dah kena baru tahu...hehehe..itulah kenakalan aku dari kecil sampai besar anak gajah macam nie sifat yang satu itu tak boleh dibuang...

Alhamdulillah aku masih lagi diberi nikmat menyedut udara dan terus berdiri di dunia yang fana ini dunia yang tidak pernah sunyi dengan dugaan dan cabaran kepada setiap manusia yang juga khalifah dimuka bumi ini..alhamdulillah aku bersyukur padaMU YA ALLAH memberi aku nikmat pinjaman ini akan ku manfaatkan untuk kebaikan...

Semoga dengan meningkatnya usiaku ini maka meningkat juga amal ibadah ku padanya semoga aku dapat berubah dari kurang baik ke baik dan baik ke lebih baik...YA ALLAH lindungilah aku dari penyakit hati yang boleh menjadikan hatiku hitam dan sukar untuk menerima hidayah dan rahmat dariMU kau kasihanilah kedua ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihi ku dari ku kecil sehingga sekarang..aminnn..

Terima kasih mak kerna melahirkan adik kedunia ini doakan adik berjaya untuk adik membalas jasa dan pengorbanan mu walaupun adik tahu setiap pengorbanan dan air susu mak adik tidak dapat diganti dengan wang ringgit tapi adik akan cuba bahagiakan mak dengan kejayaan adik..TERIMA KASIH MAK ABAH..


Tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua ats ucapan dan doa kalian buat diri ini..kini meningkat lagi 1 angkat pada umo ku semoga diri ini beroleh keberkataan dari umo yang lepas dan umo akan datang semoga kita sama2 beroleh rahmat dariNYA dan keberkatan dalam kehidupan kita disini malah dinegeri abadi juga..terima kasih atas ingatan ini..♥ ♥ LOVE ALL ♥ ♥ MAY ALLAH BLESS US...aminnnnn...


wassalam...

  • Share:

You Might Also Like

2 comments