Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh..
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w, sahabat dan ahli keluarga baginda...
Aku juga seorang manusia biasa bukan seperti nabi-nabi ALLAH yang terhindar dari melakukan kesalahan, aku cuba menjadi yang terbaik kepada semua. Kadang - kadang aku juga terlepas kata bila berbicara dan aku sedar aku juga ada membuat hati lain terluka dengan kata-kata yang keluar dari bicara ku ini. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi yang terbaik dalam semua hal, mungkin dengan mendiamkan diri adalah lebih baik dari terus berkata-kata yang boleh membuatkan hati lain terluka dan saya cuba menjadi yang terbaik untuk semua sahabat saya.
Biar saya terluka jangan sahabat saya terluka kerana saya, kerna saya sayang sahabat saya kerana ALLAH tiada yang dapat menghapuskan rasa sayang saya kepada sahabat saya. Sahabat sekira kau terluka dengan kata-kata yang keluar dari bicara ini tegurlah aku, mungkin aku tak sedar apa yang keluar dari bicara ini.
diam aku tak bermakna aku suka
aku tak suka berbicara
kerna apa yang keluar bisa menjadi luka
dan membuat kau menangis hiba
maafkan aku sahabat
aku bukan sahabat yang terbaik buat kalian
sering sahaja membuat kau terluka
maafkan diri ini yang sering alpa..
::ikhlas dari dasar hati::


0 comments