Wahai ibuku,
Di saat ku coret luahan ini,
betapa hatiku pilu dan sendu,
menyentap jiwa menggigit sanubari,
tidak tertanggung menadah rindu.
Wahai ibuku,
Sering kali diri ini dileteri,
terasa ngilu hatiku dan benci sekali,
kini ku fahami betapa ku merindui
dan mahu terus mendengarnya lagi.
Wahai ibuku,
Tugas yang digalas sebagai bidadari,
kepada suami sudah usai kini.
Tugasmu menjaga dan mendidik anak-anak,
juga sudah selesai kerana kini kau berada di negeri abadi.
Hanya dirimu dan Dia mengetahui bagaimana di sana,
adakah tenang atau sebaliknya.
Wahai ibuku,
Ada pelangi di dalam taman hatiku,
mengatur baris-baris rindu akan senyuman dan ciumanmu,
serinya tiada pengganti walau berjuta warna dicampuri,
tika rindu menyapa hanya doa sebagai ganti.
Ya Allah,
Rahmati dan kasihanilah ibu dan ayahku seperti mana mereka mengasihi kami,
kau tempatkanlah ibuku di kalangan orang yang Kau kasihi.
Syifaa Zakaria
7 Oktober 2011/9 Zulkaedah 1432 H
1.30 pagi



0 comments