Resepi warisan emak
By Syifaa Zakaria - 5:00 PM
Assalamualaikum. Salam 27 Ramadhan 1432.
Pagi tadi dok berwhatsapp dengan kak long, biasa lah si bongsu akan cari si sulong nak apa pun dari masuk akai sampai tak berakai. Kah!
Mintak resepi rendang arwah mak dulu, arwah mak kami suka memasak jadi seminggu sebelum raya tu, minggu macam sekarang rumah setiap masa akan bau kek, kuah kacang, nasi himpit dan macam-macam lagi. Sebab dulu mak ambik tempahan raya yang pastinya si sulong akan tolong mak dan si bongsu akan tolong kacau!
Jangan risau si bongsu sempat menuntut ilmu masak dan balut ketupat dengan arwah mak.Si sulong tak reti balut ketupat, jangan habaq dekat si sulong tau. Ni rahsia kita. 
Jadi rasa meriah raya tu awai seminggu dari orang lain, arwah mak sekolah hanya setakat tingkatan 3, arwah mak cerita dulu tokwan susah jadi sampai situ ja belajaq dan mak sangat suka p belajaq memasak.
Semua berbayaq ok tak ada p belajaq free, kalau dulu RM20 pun dah mahai tapi mak sanggup p belajaq dan bayaq. Aku pernah sekali ikut p tapi bosan, sebab dari pagi sampai petang dan lepas tu aku insaf tak mau ikut dah. Baik duduk dengan kak long sebab boleh keluaq main! Hahaha!
Dari kuih muih traditional sampai biskut modern, resepi mak belajaq penuh almari besi bertingkat macam dekat opis tu dan tu adalah harta pusaka yang mak tinggai untuk kami anak-anak. Sebab mak penah cakap nanti mak tak dak hampa ambik resepi ni simpan nak apa cari semua dalam tu.
Sekarang semua resepi ni ada dekat kak long, bila adik-adik mintak resepi dapat gambaq ja dan hampa jangan berangan nak bawak balik semua resepi tu. 
Semoga mak beroleh pahala selagi kami anak-anak menggunakan ilmu yang ada dalam buku resepi mak, masak, makan dan gemuk. Eh!
Selamat hari ibu mak Zaiton binti Mohamad. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.

0 comments