Siti Sarah, Kematian yang menghidupkan.

By Syifaa Zakaria - 7:17 AM

 Assalamualaikum.

Semalam kita dikejutkan dengan berita tentang pulangnya isteri kepada pelawak terkenal, yang juga artis di Malaysia Siti Sarah bt Raisudin. Sepanjang mendengar berita kematian artis tidak pernah diri ini begitu terkesan, mungkin aku bayangkan aku ditempast sarah dan ingin menjadi seperti siti sarah bidadari shuib.

Sepanjang hari menangis setiap kali membaca atau melihat video yang ada dilaman sesawang, matinya yang menghidupkan dan pelbagai kebaikan yang disembunyikan diceritakan oleh orang-orang yang pernah berurusan dengannya.

Secara jujur, aku cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh siti sarah. Seorang isteri yang setia disisi suami ketika susah dan senang. Tidak pernah merungut dikala kesusahan dan berkongsi ketika senang. Untuk keluarga ini adalah 1 kenyataan yang sukar untuk diterima, aku sendiri telah kehilangan mak 10 tahun lepas dan sampai harini aku masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi.

Sesunggunya rindu itu sakit bila tidak dapat dilepaskan, semasa live shuib semalam shuib berpesan. Setiap hari sentiasa mencintai, menghargai dan bersyukur dengan pasangan. Sentiasa membaiki hubungan suami isteri dan anak. Dekatkan diri dengan mengajak isteri dan keluarga untuk mendekati Allah.

Semoga Allah tempatkan Siti Sarah bt Raisudin disyurga tertinggi dan bersama-sama orang yang soleh. Beliau syahid akhirat kerana berlawan dengan wabak dan melahirkan anak.

Semoga aku dapat mengambil iktibar dari kematian ini untuk menghargai dan sentiasa disisi suami.

Al-Fatihah.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments