Post Vaccine?
Assalamualaikum.
Harini aku ada mood nak mengarang dekat sini, selalu nak mencari mood tu punya susah. Tak tau hilang kemana, cari tak jumpa. keh!
Harini aku nak cerita pasal post vaccine. Hampa tau dak post vaccine tu macam mana? Post vaccine tu effect selepas pengambilan vaccine, kebanyakkan orang akan kena post vaccine seperti demam, sakit kepala dan sakit badan. Tapi aku berbeza gais!
Aku dapat vaccine AstraZeneca, aku ambik masa orang tak nak ambik bulan 5 haritu, so aku adalah batch pertama untuk program sukarela untuk vaccine AstraZeneca. Dos pertama aku tidak mengalami apa-apa pos vaccine sekadar sakit kepala yang sangat sedikit, lepas aku makan panadol terus baik dan sihat seperti biasa.
Dos kedua aku ambik bulan 8, nak dijadikan cerita aku cucuk dos kedua pada 28.8.2021 dan pada 29.8.2021 aku datang bulan. Bermula post vaccine yang sangat teruk, aku kena sengugut yang sangat terok dan aku tidak pernah rasa sesakit tu sebelum ni. Aku sejenis yang tidak mengalami sengugut setiap kali datang bulan, mungkin dalam setahun sekali atau 2 kali saja aku akan rasa tapi tidak seteruk kalini.
Hari pertama aku tak boleh bangun, hanya terbaring dan lembik. Tidak dapat lakukan apa pun kerja hanya terbaring lemah dan semua kerja dibuat oleh suami aku. Sengugut ini berlarutan sehingga hari ketiga dan selepas itu kembali normal.
Aku sangka kan hanya sebulan rupanya sengugut ini berlaku selama 3 bulan berturut-turut dan bulan ketiga, aku kuatkan diri ke klinik kesihatan. Aku bertanyakan kepada kawan-kawan ramai yang menasihati aku supaya ke klinik, jadi aku kuatkan diri ke klinik dan ini adalah kes pertama selepas aku berjumpa doktor.
Doktor sendiri terkejut, dalam bilik rawatan ada 3 orang doktor dan ketiga-tiga terkejut dengan apa yang aku ceritakan.
"puan pernah kena covid?" Doktor pertama
"alhamdulillah, saya tak pernah kena covid"
"puan sedar sengugut kuat sejak bila?" Doktor kedua
"sejak 3 bulan lepas, lepas saya ambik vaccine"
"puan ambik vaccine apa ea?" Doktor pertama
"AstraZeneca"
"AstraZeneca gap antara dos pertama dan kedua 2 bulan kan, mungkin ini tindak balas dari vaccine atau kita panggil post vaccine. Selalunya yang akan kena sengugut teruk selepas kena covid atau kita panggil post covid. Ini pelik, 1st time sy dengar orang ambik vaccine kena senggut teruk. Mungkin sebab lepas puan ambik vaccine terus period dan antibodi tengah develop, maybe sebab tu puan kena sengugut terok"
"itu lah, sy pun terkejut sebab selalunya post covid saja yang akan kena sengugut terok" Doktor ketiga
"tak pe, macam ni puan kita monitor lagi 2 atau 3 bulan. Jika masih sakit macam bulan pertama atau kedua, puan datang balik kita akan bagi surat refer ke pakar" Doktor kedua
"baik doktor, kalau sakit terok lagi nanti sy datang balik dan terima kasih doktor"
Ok gais, kalau doktor pun terkejut pasal post vaccine aku. Apatah lagi aku, tak pernah terpikir yang post vaccine boleh jadi sengugut selain demam, sakit kepala dan sakit badan.
Apa pun jaga diri semua, kita masih belum menang dan sentiasa patuh pada SOP. Jika tiada keperluan tak payah keluar ok!

0 comments