Jodoh itu rezeki
Assalamualaikum,
Harini aku nak share pasal pengalaman aku soal Jodoh, aku ditakdirkan berkahwin pada usia 31 tahun jadi sepanjang kehidupan aku sebelum bertemu dengan suami pelbagai soalan yang aku kena hadap.
"Tak cari boyfriends ke? Tak rasa nak kahwin ke? Tak rasa rugi ke kawin lambat, nanti anak kecik lagi umur dah tua?"
Macam-macam lagi soalan yang ditanya tapi aku letak soalan famous je lah ye. hehe!
Sebelum ni bila soalan-soalan ni ditanya aku akan mulakan dengan membalas dengan senyuman dan diam. Andai aku rasa nak menjawab setiap soalan aku akan jawab.
"Jodoh sesat lagi. Yang terbaik selalunya lambat. Aku tak baik lagi untuk menjadi isteri kepada suami yang baik jadi aku sedang baiki diri untuk menjadi yang terbaik untuk suami yang baik"
Tapi percaya lah jodoh itu rezeki bagaimana kesihatan, wang dan kehidupan. Jodoh juga rezeki, kepada yang belum bertemu jodoh. Sentiasa berlapang dada dan percaya dengan setiap perancangan Allah.
Penuhi apa yang ingin dilakukan seperti travel, hiking, food hunting dan lain-lain. Selagi tidak melanggar agama dan undang-undang negara teruskan apa yang kalian suka lakukan.
Pegang dan yakin dengan janji Allah setiap lelaki/perempuan yang baik untuk lelaki/perempuan yang baik. Ayah aku penah cakap pasangan kita adalah cerminan kita jadi lah yang terbaik untuk yang terbaik.
Buat sesiapa yang belum bertemu jodoh jangan jadikan jodoh ini satu masalah kerana jodoh itu rezeki dan rezeki ini bukan kerja kita tetapi kerja Allah.
Aku doakan semua orang akan bertemu dengan jodoh yang terbaik. Eh lupa nak share jangan pernah putus asa dalam berdoa, banyakkan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik dan bersama hingga ke syurga firdaus.
Sekian.
Jumpa lagi!

0 comments