Laundry Yard banjir!
Assalamualaikum,
Aku nak cerita sikit tadi petang tengah prepared nak masak kawtiau goreng makan petang, tetiba perasan air sinki turun perlahan kemudian aku pun jirus sinki dengan air panas dan air turun dengan laju. Sambil masak basuh baju, pusing tengok mesin banjir kawasan tu dan berlaku episod gelabah kami laki bini. hahaha!
Encik suami contact management, aku contact tuan rumah untuk maklumkan kejadian banjir kawasan yard tu. Terbantut agenda goreng mengoreng aku, settlekan dulu banjir ni lepas tu baru pikir nak buat apa.
Tuan rumah cakap itu bawah management, management cakap itu bawah tuan rumah dan kami pening nak ikut siapa. Hahaha! Encik suami ambik keputusan settle sendiri tanpa perlu tunggu tuan rumah, kalau tunggu tuan rumah bila nak boleh pakai sinki dan sambung basuh baju.
Call handyman tanya kos repair dan encik suami setuju terus buat. Kalau tunggu tuan rumah entah bila nak datangnya. Dah settle arrange nak repair paip tersumbat tu aku pun sambung agenda masak memasak tu, makan tetap makan. Perut lapar tak boleh pikir juga nak buat apa ye dak.
Hampir 2 jam juga baru settle masalah tersumbat tu dan mula berpikir macam mana nak settlekan kawasan banjir tu. Nasib kejadian jadi hari cuti kalau jadi hari kerja mahu double letih.


0 comments