Birthday Trip Hari Kedua | Sekinchan

By Syifaa Zakaria - 8:38 PM

 Assalamualaikum Semua!

Hari kedua kami bermula pada pukul 9 pagi, tempat pertama yang kami tuju mestilah tempat untuk sarapan pagi. Selepas membuat carian di internet beberapa kali, aku jumpa tempat roti canai pelangi lokasi di Sg Yu. Lokasi kedai berada didalam kawasan kampung dan tempat parkir kereta juga banyak.

Konsep disini adalah layan diri, perlu beratur dan ambil makanan sendiri. Walaupun ramai yang sedang beratur tapi cepat untuk dapatkan makanan. Pelbagai jenis makanan yang disediakan tapi yang menjadi tumpuan adalah Roti Canai Pelangi.

Terdapat 6 Jenis Roti Canai Durian, Strawberry, Jagung, Keladi, Epal dan Original. Untuk roti canai sarang, telur, dan lain - lain perlu order semasa beratur. Selain roti canai yang ada pelbagai perisa kuah juga ada beberapa pilihan seperti Dhal, Kari, Kaki Ayam, Daging dan Kambing.

Oh tak lupa harga disini sangat berpatutan dan sedap! Memang patut viral!



Kami mengambil roti canai Strawberry, Durian dan Jagung. Kuah kari kaki ayam.

Selepas bersarapan kamu teruskan ke tempat kedua iaitu Kapal Terbang Sekinchan, tempat ini menjadi tumpuan kerana mempunyai replica Kapal Terbang sebenar. Kami Habiskan masa disini hampir 20minit.

Orang tempatan namakan tempat ini Kapal Terbang Cuckoo!

Walaupun kami dari Negeri Jelapang Padi tetap juga bergambar di batas sawah.

Disini juga ada perkhidmatan mengambail gambar dan video dengan menggunakan drone. Pakej seperti gambar dibawah.

Pakej Gambar 5 keping RM15, 3 video RM40 atau pakej RM50 dapat 8 gambar dan 4 video.

Seterusnya kami teruskan ke tempat ketiga adalah Sekinchan Coconut Farm yang terletak hanya 5 minit dari tempat Kapal Terbang ini. Disini terdapat pelbagai jualan makanan, coconut shake, jelly kelapa dan tempat bergambar.


Disini kami hanya basahkan tekak dengan coconut shake selepas berpanas bergambar dengan kapal terbang. hiks!

Makan tengah hari kami ke Colek-Colek D'Sawah, ketika kami sampai disitu sudah ramai orang tapi service yang disediakan sangat laju dan pantas. Disini menjual celup tepung seperti Udang, Sotong, Ikan, Char Keow Taw dan lain-lain. Harga untuk seafood mengikut harga semasa.

Disini kami hanya membeli Sotong celup tepung dan Char keow taw udang. Air seperti sirap dan air kosong diberi percuma.

Tempat terakhir yang kami pergi sebelum gerak balik ke Seri Kembangan adalah Laman Tebu Aidil tapi disini kami tidak makan, sekadar mengambil gambar.


Disebabkan terlupa bawah tripod hanya menggunakan lengan pod.

Tamat sudah percutian terkejut kami laki bini selama 2 hari 1 malam di Kuala Selangor dan Sekinchan. Insyaallah jika diberi rezeki masa dan peluang kita akan ke tempat lain pulak.

Owh lupa bulan 12 adalah bulan kelahiran Encik Suami jadi trip ini menjadi Birthday trip untuk dia dan aku jugak! he!


  • Share:

You Might Also Like

0 comments