Birthday Trip Hari Pertama | Kuala Selangor & Sekinchan
Assalamualaikum Semua!
Aku kembali! Selepas bersawang dan berhabuk blog ni aku kembali menulis. Kalini aku nak share pasal trip aku dan Encik suami ke Kuala selangor dan Sekinchan.
Minggu ni selangor cuti panjang selama 3 hari jadi pagi sabtu lepas bangun tidur, aku bersembang dengan encik suami
Aku : Minggu ni long weekend, jom jalan-jalan
Suami : Nak p mana?
Aku : Kuala selangor?
Suami : Jom!
Aku dan encik suami terus pack baju untuk 1 malam, kami gerak selepas zohor ke sana.
Kami gerak dari Seri Kembangan dalam pukul 2.30 petang sampai disana lebih kurang pukul 4.30 petang. Tempat pertama kami pergi adalah Bukit Malawati.
Untuk naik keatas boleh menaiki Tram yang disediakan. Harga bagi Tram adalah :
Pemegang MyKad : Dewasa RM5.00 & Kanak-Kanak RM3.00
Kami bermalam di hotel berkaitan dengan Taman Malawati, aku memilih kawasan tersebut kerana berada ditengah antara sekinchan dan Sg Besar. Selepas sejukkan tekak dengan coconut float dan air kelapa pandan. Kami balik ke hotel untuk segarkan badan dan keluar semula untuk makan malam.
Kami makan di Restoran & Cafe Ketam Merah Cabin, makanan disini semuanya sedap dan harga berpatutan.



.jpeg)




0 comments