Rindu Mak
Rindu Mak
Jumaat pagi pukul 8 aku dah sampai kubur mak, sampai tengok ramai dekat kubur pastu terdetik mesti ada orang meninggal ni.
Sekarang dah start hujan, bila masuk tengok rumput dah mula
banyak melata. Abah pesan jangan cabut tapi sebab tak boleh tengok cabut jugak
tapi ganti dengan bunga dan pokok.
Sebelum puasa tambah tanah sebab kubur mak macam dah mendap,
harini tukar design pulak sebab mak dulu suka ubah-ubah rumah kalau dia bosan.
Tengah-tengah dok cangkul tanah tu mak ndak sampai tapi mak
ndak ni bukan mak ndak aku. Mak ndak Zahirah sebab selalu lepak dekat
rumah tok Zahirah zaman sekolah dulu. Semua mak sedara dia mak sedara aku.
Hiks!
Sembang-sembang tu mak ndak offer pokok jasmine, aku ni lama
dah nak beli tapi sebab musim panas haritu malas nak beli nanti rugi duit sebab
panas. Mati kering pokok tu nanti, orang pun dah kering sebab panas ni.
Sejam juga duduk situ sembang-sembang dengan mak pasai isu
semasa dan gosip. Walaupun cakap sorang semoga rasa rindu ni hilang sikit.
Semoga pokok melur ni sihat dan terus berzikir untuk mak.
Hanya ini boleh diberikan sebagai khidmat pada mak dialam sana.
Owh! Pokok melur ni favorite mak.
Ini hasil sebelum puasa hari tu tambun tanah disebabkan tanah mendap
Ini hasil selepas mak ndak bagi pokok melur, sepanjang kubur aku cucuk pokok. hiks!



0 comments