Keracunan Makanan

By Syifaa Zakaria - 2:35 PM

Assalamualaikum semua!

Selepas hampir 2 minggu tak update story mory dekat sini, harini aku nak share minggu lepas aku dan suami kena keracunan makanan.

Selepas 6 hari berpuasa, aku teringin nak makan nasi kerabu hasil menguis di screen dan aku pun ajak encik suami mencari nasi kerabu di bazar ramadhan.

Semuanya berjalan lancar, nasi kerabu seperti nasi kerabu yang lain. Nak cakap tak sedap tak juga nak cakap sedap pun tak juga senang cerita rasa boleh diterima tekak.

Esoknya bermula sesi bergilir keluar masuk tandas dengan encik suami, aku mula cirit pada hari isnin dan menjadi semakin terok selepas berbuka pada hari isnin. Malam selasa aku dan encik suami demam dan cirit birit setiap sejam.

Hari selasa aku dah tak mampu nak bertahan disebabkan bangun pagi aku muntah, keluar semua yang dimakan masa berbuka dan ubat yang aku makan sebelum tidur semalam.

Aku ajak encik suami ke kecemasan sebab aku dah tak mampu untuk bertahan, disana aku masukkan sebotol air dan balik berehat dirumah.

Selasa malam encik suami mula terok, apa yang dimakan semua keluar balik bersama pakej muntah dan cirit birit. Rabu keadaan encik suami masih sama seperti selasa malam, aku minta dia untuk tidak berpuasa tapi katanya sayang nak buka sebab dah separuh hari.

Selepas berbuka keadaan encik suami makin terok dan kami ke kecemasan selepas isyak. Disana encik suami perlu ambik ujian darah dan keputusan darah menunjukkan bacaan pada buah pinggang tinggi atau kata lain buah pinggang kering.

Encik suami perlu masuk wad dan bermalam dia selama 2 malam didalam wad. Kami sangat jarang membeli di bazar bila sesekali rasa teringin akan mencari juga tapi tak sangka kami berdua terkena cirit birit.

Encik suami dah fobia untuk membeli makanan dibazar ramadhan. Jika boleh buat sendiri encik suami mintak buat sendiri andai tidak hanya membeli di gerai yang selalu dibeli atau di rekemen oleh orang terdekat.

Sekian kisah cirit birit kami didalam bulan ramadhan tahun 2024. Semoga kami terus sihat.

Doakan kami!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments