Hibah Takaful adalah Perlindungan

By Syifaa Zakaria - 5:26 PM

 Assalamualaikum semua!

Sehari dua ni aku selalu nampak berita kematian mengejut dari para suami, sama ada kematian disebabkan kemalangan atau pelbagai sebab.

Bukan aku nak katakan sekarang hanya lelaki saja yang meninggal dunia tapi kita sendiri faham selalunya para lelaki adalah pencari nafkah utama untuk sebuah rumah tangga jadi bila suami yang dikasihi pergi secara mengejut sangat memberi kesan kepada isteri dan keluarga.

Keluarga yang ditinggalkan perlu meneruskan kehidupan seperti hari-hari ketika suami masih ada dan dengan peninggalan kita itu adakah mereka dapat meneruskan kehidupan seperti sebelumnya tanpa perlu mengubah cara walaupun sedikit.

Sebagai orang islam waris perlu melunaskan semua hutang yang dibuat oleh kita ketika hidup dan semua harta yang ditinggalkan perlu difaraidkan.

Terlalu banyak kes yang berlaku hak isteri dinafikan didalam harta yang ditinggalkan, jadi kepada suami yang menjadi tonggak utama pencari rezeki kepada keluarga. Sediakan 1 perlindungan hibah kepada isteri dan anak-anak.

Apa yang sedang berlaku ketika hidup tidak sama sekali sama selepas kita meninggal dunia. Jangan tinggalkan isteri/suami dalam keadaan tersepit dan buntu mencari duit untuk melangsaikan hutang, meneruskan kehidupan harian dan belanja pelajaran anak-anak.

Harta yang ditinggalkan perlu melalui proses faraid dan anda perlu tahu isteri hanya mendapat 1/8 dari jumlah bahagian faraid. Proses mencairkan harta pusaka juga mengambil masa yang lama, jika semua waris faraid memberi kerjasama yang baik dan proses itu boleh diselesaikan dalam masa setahun ke 2 tahun. Tapi jika sebaliknya proses itu akan memakan masa lebih dari sepatutnya, bagaimana isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan harian mereka.

Faraid itu sempurna dan hibah takaful itu adalah pemudah cara kepada isteri untuk menebus faraid, meneruskan kehidupan harian dan membesarkan anak-anak.

Hibah bukan penyelesaian kepada faraid TETAPI hibah boleh membantu sementara menunggu selesainya faraid.

Syifaa Zakaria | Perunding Takaful | Takaful Ikhlas

Hibah Takaful adalah perlindungan

  • Share:

You Might Also Like

0 comments