Perlu ke Takaful?
Assalamualaikum semua.
Aku pasti semua orang tahu pasal takaful, atau ada dikalangan kita panggil insurans dan pastinya kedua-dua ini fungsinya adalah perlindungan.
Aku percaya semua orang Islam tahu yang kita digalakkan untuk mengambil Takaful berbanding insurans konvensional. Jadi aku nak tanya kepada semua apa yang korang faham dengan Takaful?
Adakah korang rasa Takaful ini tidak penting atau tidak perlu mencarum kerana merasakan bukan keperluan.
Tapi aku nak tanya korang satu soalan. Kenapa korang ambik insurans/takaful untuk kenderaan, ada lagi yang tambah untuk cover cermin pecah. Kenapa korang rasa kereta perlu ambik perlindungan tapi untuk diri sendiri dan keluarga tak perlukan perlindungan.
Kebanyakkan yang aku jumpa akan jawab "untuk cover bila kemalangan, cermin pecah bila kena batu" tapi kenapa korang tak jawab macam tu untuk diri sendiri dan keluarga. Sebagai contoh "Aku perlukan medical card untuk dapatkan rawatan cepat tanpa perlu menunggu lama untuk berjumpa pakar atau rawatan segera secara detail. Aku perlukan hibah kerana aku nak pastikan isteri/suami dapat langsaikan hutang yang aku tinggalkan, tebus faraid, mengekalkan cara hidup dan pelajaran anak-anak tidak terganggu disebabkan musibah yang tidak dijangka"
Aku tidak boleh katakan yang semua orang yang tak ada takaful merasakan takaful bukan keperluan tapi perlu tahu sekarang takaful telah menjadi keperluan jika kewangan hanya dari suami dan isteri adalah suri rumah.
Sediakan perlindungan takaful untuk diri dan keluarga anda.
Syifaa Zakaria | Perunding Takaful | Takaful Ikhlas
Takaful adalah perlindungan
0 comments