Jika Ini Takdirnya...

By Anonymous - 1:45 PM

*****satu*****

pangggg!!!!!!
"kenapa ni??"tanya anis
"kau buat apa kat pejabat tadi?"jawab!keras haikal bertanya
“Anis tak buat apa pun abang jangan main tuduh!”
“kau jangan tipu aku,tadi ada orang bagitahu aku kau marah syafika,betul?”tanya haikal dengan nada marah
“mana ada anis marah syafika,siapa yang bagitahu?”tanya anis dengan mata mencerun memandang abangnya
“kau jangan tipu aku anis walaupun aku tak nampak tadi tapi aku tahu apa jadi kat office tadi
baik kau mengaku anis.”desak haikal
“argh!!!!mana ada,ikut suka abang nak percaya ke tidak,”
belum sempat haikal membalas anis berlalu meninggalkan abangnya bersama marah yang ada.

“Wei perempuan!!!kau ingat kau cantik nak tackle abang aku hah!!!”tempelak anis
“saya tak pernah sukakan encik haikal cik anis”sabar wahai hati
“kau jangan tipu aku perempuan ada orang bagitahu aku kau ada hati dengan abang aku tu, kau cermin muka dulu baru kau pasang cita – cita nak memikat abang aku”
“sumpah saya tak pernah simpan hati pada encik haikal, demi ALLAH”
“eh,bukan ke kau yang mengaku dengan aku hari tu”tiba – tiba suraya bersuara
“demi ALLAH saya tak pernah simpan hati dekat encik haikal, saya berani bersumpah”
“kau tak payah nak tunjuk baik depan kitaorang, aku tahu kau memang ada hati dengan abang aku kan???”
“sekali lagi saya cakap saya tak pernah ada simpan hati pada encik haikal saya hanya anggap encik haikal majikan saya tak lebih dari seorang majikan”syafika bersuara dengan suara perlahan.
“huh!!!su jom kita pergi tak guna cakap dengan perempuan macam nie”kata anis sambil berlalu.
“sabar ika jangan dilayan cik anis tu”masliana memujuk
“tak pernah aku simpan hati dekat encik haikal tu,aku sedar aku nie siapa…tak layak dengan orang macam encik haikal tu..”anis berkata bersama sendu
“sabar ika semua ni dugaan untuk kau…sabar ya”masliana memujuk lagi
“ehem!!” haikal batuk
“eh!!encik haikal”syafika bangun dari kerusinya
“kenapa ni syafika saya tengok awk sedih saja?”Tanya haikal
“tak adalah saya biasa saja”dalih syafika
“yana awk buat apa dekat meja ika ni?”Tanya haikal pada masliana
Masliana hanya membalas dengan sebuah senyuman sambil berlalu dari meja syafika.
“betul awk ok?”Tanya haikal dengan nada risau
“betul encik haikal”bersungguh syafika menjawab
“baiklah..hmmm…ada pesanan untuk saya syafika?”
“owh..ada dari syarikat megah diaorang tanya pasal projek dekat kluang”
“ooo..tak apa itu nanti saya tanya shahrul, ada apa lagi pesanan?”
“buat masa ni tak ada,kalau ada apa – apa lagi saya akan inform pada encik”
“baiklah saya masuk bilik dulu”kata haikal sambil berlalu
Syafika memandang pintu yang ditutup dari dalam tertera nama di pintu MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN DATO’ MUHAMMAD DAUD HARUN terasa sesak didada bila dituduh menyimpan hati kepada majikannya.Dia sedar siapa dia seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih sayang dari seorang emak saudara yang kematian suami 2 tahun lepas.Bukan dia tidak pandai dia mendapat 12A1 dalam sijil pelajaran malaysia dan merupakan pelajar terbaik sekolah  atas pergorbanan abah man dan mama ina dia dapat meneruskan pelajaran dalam jurusan business management tapi mungkin belum bukan rezekinya untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang dimiliki dan sekarang dia bekerja sebagai seorang setiausaha jauh menyimpang dari jurusan yang diambil di universiti dulu.

bersambung.....

  • Share:

You Might Also Like

0 comments