Assalamualaikum wbt..
Selawat dan salam buat junjungan Nabi yang dicintai,para sahabat Baginda dan ahli keluarga Baginda..
Apa yang nak diceritakan ea dari tajuk entri dah boleh agak apa yang saya nak ceritakan..hehehe...Jom kita mula bercerita tentang suasana semasa bowling persahabatan berlangsung di Park Avenue Superbowl Taman Sejati,Sungai Petani,Kedah.
28.5.10
Ahli jawatankuasa berkumpul di park avenue untuk membuat tempahan dan membuat persiapan akhir sebelum gathering bermula.Selesai membuat tempahan makanan dan permainan kami(AJK) main bowling pulak nak berlatih kononnya..hehehe..Dah abis main kami semua bergerak ke homestay dan menyiapkan kerja - kerja yang masih belum sempurna.Lepas maghrib kami bergerak ke penang malam tu kita ronda - ronda dulu.hehehe..dah pusing satu penang singgah makan nasi kandar yang popular kat penang nasi kandar LINE CLEAR bukan ja nasik kandar nama LINE CLEAR tandas pun nama LINE CLEAR...hehehe..dah puas ronda - ronda penang kami balik ke homestay dan sambung siapkan kelengkapan untuk bowling esok siapkan goodee bag...
29.5.10
Hari yang ditunggu - tunggu telah muncul lepas subuh semua dah tak tidur semua sibuk siap - siap barang untuk dibawa ke tempat yang akan berlangsung.Pukul 8 pagi rombongan dari kuala lumpur sampai dan semua berkumpul di homestay sebelum bergerak ke park avenue dan jam 10 pagi semua bergerak ke park avenue dan bermulalah program..hehehe..jom kita tengok gambar sekejap...
Pendaftaran
Sesi Pendaftaran
Jam 12 tengah hari program bermula dan program ini berlangsung sehingga jam 2 petang.
Selepas bermain kita makan pulak..hehe..
Lepas makan nasi kita makan kek dan sesi potong kek rasmi Bowling Persahabatan NasyidFM Zon Utara.
Akhir sekali disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang..
Alhamdulillah dah selesai Bowling Persahabatan NasyidFm Zon Utara..Insyaallah Panjang umur dan dilimpah rezeki olehNYA kita akan berjumpa lagi tahun depan...NASYIDFM BEST!!
wassalam....















0 comments