Assalamualaikum...
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.
4.6.10 tarikh keramat bagi kami sekeluarga tentu - tentulah tarikh itu begitu keramat kerna itu tarikh lahir ibu yang kami sayang tiada engkau kami juga tiada disini..Tiada siapa yang dapat menggantikan tempatmu dihati kami ini mak tiada siapa yang dapat memberi kasih sayang setulus kasih sayang dikau mak.YA ALLAH kau berkatilah ibu kami kasihanilah dia seperti mana dia kasihani kami.AMIN..

0 comments