Covid19? Apa pada aku?
By Syifaa Zakaria - 1:24 PM
Assalamualaikum.
Sekarang semua orang tahu apa tu covid19 dan semua merasa kesan dari covid19 ni. Aku cuma nak share apa yang aku sedang hadapi dan rasa dengan keadaan sekarang.
Aku pekerja airlines dan semua orang tahu industri penerbangan sangat terkesan dengan covid19, ramai pekerja dari sektor ini dibuang kerja, vss dan macam lagi. Aku masih bekerja tapi gaji dikira hari bekerja dan untuk bulan october kami hanya bekerja selama 15 hari dan perlu mengambil cuti tanpa gaji selama 16 hari.
Setiap hari aku kan mencari kerja baru, apa jenis kerja semua aku mintak tak kira swasta atau kerajaan. Selagi aku rasa aku boleh bekerja aku akan memohon dan pelbagai perniagaan dan dropship aku buat untuk menampung perbelanjaan bulanan aku. Covid19 mengajar aku agar terus berusaha, sabar dan redha sebab disetiap kesusahan akan ada kesenangan selepasnya.
Aku selalu berpesan pada diri yang semua ni ada hikmah besar yang aku tak nampak dan tahu ini adalah perancangan yang Allah telah tetapkan. Aku cuma perlu redha, sabar dan berusaha selagi nyawa masih dikandung badan. Setiap usaha akan ada hasilnya yang penting usaha.
Aku harap semua orang akan redha,sabar dan terus berusaha untuk perjalanan seharian yang kita tak tahu kejadian dihari depan. Semua ni ada hikmah yang kita tak tahu dan teruskan berusaha.
Ini semua adalah pendapat aku sendiri dan kita semua terus kuat! Kehidupan macam mendaki, ada masa senang bergerak, ada masa perlu mendaki kesusahan yang ada didepan dan semestinya jangan pernah berputus asa dengan apa ujian dan cabaran yang dihadapi.


0 comments