Minor operation di mata kanan
By Syifaa Zakaria - 6:48 PM
Assalamualaikum semua!
Aku nak habaq ni hari isnin lepas aku buat minor operation di mata kanan, selepas ada bengkak macam ketumbit dekat mata kanan aku ni. Sebenaqnya bengkak ni dah lama ada tapi disebabkan tak sakit jadi aku pun buat lah tak faham, sampai lah 2 bulan lepas sakit dan merah.
Aku p KK dan doktor refer aku ke hospital serdang. Selepas 2 kali temujanji dengan doktor pakar isnin lepas dibuat minor operation. Walaupun aku ni tak takut jarum tapi bila part nak cucuk area mata seriau weyh. Masa cucuk tu memang terbaring keras lah aku ni sebab risau aku gerak nanti jarum tu tercucuk mata, mau buta aku dekat situ. hahaha! overthinking!
Sebelum masuk OT aku sempat main game lagi, orang tengok rilex bukan main tapi sebenarnya macam nak pecah jantung. Takut tak tahan sakit dan terkeluaq silat celapak kena doktor sebab tak tahan sakit. Ternyata aku boleh control macho. hahaha!
Lepas cucuk ubat bius tu dah tak sakit tapi bila doktor tarik kelopak mata nak potong tempat bengkak, sakit weyh. Doktor potong disebelah dalam jadi tak nampak parut diuar kesan kena potong tu. Keluaq ayaq mata oiii punya tahan sakit, nasib doktor hujung kepala kalau hujung kaki ada yang kena dah. hahaha!
Doktor cakap masa cucuk ubat bius sakit sikit ja, lepas tu dah tak sakit tapi bila doktor cakap "tahan ea puan, sy nak lipat kelopak mata puan nak potong dan keluarkan apa yang ada didalam ni". Ternyata ubat bius tu tak berjaya untuk menahan rasa sakit masa kelopak mata dilipat. Masa potong tu tak sedaq pun tapi masa doktor lipat kelopak mata tu sakit sampai meleleh ayaq mata oiii. hahaha!!
Aku tak mau cerita banyak hampa tengok lah gambaq dekat bawah harap tak geli tengok gambaq isi yang dikeluarkan dari bengkak tu.




1 comments