Pulut Sekaya in da house!!

By Syifaa Zakaria - 12:41 PM

Assalamualaikum.


Sabtu lepas masa tengah tengok tv tetiba teringat kalau dapat pulut sekaya ni sedap ni, terus bagun dan rendam pulut. Disebabkan sejenis tak sabar maka pulut hanya direndam selama 2 jam, kalau nak sedap lagi patut rendam semalaman jadi jangan ikut tahap geojoh aku ni. hahaha!

Resepi semuanya aku google sebabnya duduk rumah bujang mana lah semua reti buat kuih traditional yang reti makan saja, maka godek lah aku selama sejam di google dan dalam peti ais. Adakah bahan yang diperlukan cukup untuk dijadikan pulut sekaya dan bahan semua cukup!!!

Maka bermula projek aku dengan rendam pulut selama 2 jam, kemudian kukus pulut selama sejam dan buat sekaya dan kukus lagi sejam.

Dipertengahan jalan santan pulak tak cukup! Maka projek tergendalan sehingga petang untuk keluar beli santan dan bersambung projek aku disebelah malam.

Untuk elakkan pulut melekat dengan loyang sapu dulu minyak masak dan letak plastik.

Selepas masukkan pulut dan ratakan. Terlupa nak ambik gambar masa tengah kukus pulut!

Rendam pulut dahulu semua, ada baiknya semalaman.

Tak ada pengukhus maka kukus dalam periuk besar saja.
Dah potong baru teringat nak ambik gambaq!

Tak sabaq tunggu sejuk terus potong gini lah kejadiannya, rasa ada! lepas lah rasa mengidam untuk anak cacing dalam perut ni.

bye!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments