Coway pilihan aku
By Syifaa Zakaria - 9:40 PM
Assalamualaikum.
Harini aku nak cerita pasal coway, sebenarnya aku baru join coway sebagai egen 2 hari lepas dan macam biasa aku akan menulis apa yang aku buat dalam blog ni. Blog ni kan diary maya aku, walaupun tak tau lah ada yang membaca ke tak tapi aku tulis jalah. Kurang-kurang nanti aku boleh baca balik apa aku tulis kan.
Berbalik kepada tajuk, kenapa aku pilih untuk menjadi egen coway kerana aku adalah pengguna tetap coway. Product pertama yang aku ambik adalah air purifier neo, dah 4 tahun aku pakai dan aku sangat berpuas hati. Kemudian aku ambik untuk rumah tok aku di alor star, model tak ingat tapi ada 4 suhu. Panas, sejuk, suam dan suhu bilik, kemudian acu aku ambil lombok 2. Lombok ni air purifier, sepanjang aku pakai lombok ni sangat best dan sekarang ada keluaran terbaru lombok 3. Yang ini katanya lebih padu dan mantap!
Model keempat yang aku ambik adalah water purifier neo, tapi yang tu aku letak dekat rumah mak abah aku di kampung, selalu bila aku balik kampung akan ada perebutan air sejuk dengan adik-adik aku. Sebelum tidoq aku buat air sejuk, esok tengok dah selesai dan itu boleh mendatangkan kemarahan! Jadi aku buat keputusan ambik satu water purifier untuk rumah mak abah aku dekat kampung. Masalah yang dihadapi oleh aku bila balik kampung selesai dengan jayanya.
Cuma nak habaq aku ni pengguna setia coway, start aku pakai coway 2016 sampai lah sekarang jadi disebabkan tahap kepuasan hati dari servic dan ahli coway maka aku pun jadi ahli coway untuk share dengan semua orang kebaikan coway ni.
Disini aku ingin membuat pengumuman bahawa aku adalah egen sah coway, jika hampa semua nak joint venture dan menjadi ahli keluarga coway boleh whatsapp aku dengan menekan button whatsapp dibawah. Insyaallah aku akan cuba balas sepantas kilat jika handphone ditangan, jika tidak maafkan aku dan aku akan cuba membalas selaju mungkin.
Bulan october ada promo combo dan beberapa produk lagi. Aku akan upload gambar dibawah hampa tengok dan whatsapp lah aku ok. Semoga dengan penyertaan korang dapat lah membantu aku yang masih menanti keputusan kerja hakiki aku.
Sekian.










0 comments