Kenapa pindah Kedah?

By Syifaa Zakaria - 4:30 PM

 Assalamualaikum.

Selepas orang tahu aku dan suami pindah balik ke kedah, ramai akan bertanya kenapa pindah? Tak boleh hidup di selangor ke?

Jawapan bagi soalan ini adalah aku berpindah balik ke kedah adalah untuk dekat dengan abah, mak dan mertua. Alhamdulillah kami boleh hidup di selangor tanpa ada masalah, syukur setiap bulan Allah cukupkan rezeki kami dan tidak rasa kurang walau sedikit.

Aku dan suami berfikiran bahawa jika berlaku kecemasan di kedah, kami memerlukan masa hampir 10 jam untuk sampai ke kedah. Jika berita yang kami terima itu berada di pejabat, kami perlu balik ke rumah dahulu untuk berkemas dan baru boleh gerak balik ke kedah.

Suami aku bekerja di Bukit puchong dan aku di cyberjaya. 2 arah yang berbeza dan perlu tahu bila bekerja dengan orang perlukan kebenaran walaupun kecemasan itu berkaitan dengan keluarga terutamanya mak abah. Peraturan perlu diikut bila bekerja dengan orang.

Jadi ini adalah 1 keputusan yang besar untuk aku dan suami. Aku sudah 12 tahun disana sejak belajar kemudian bekerja selepas tamat pelajaran dan tentu aku sangat sedih untuk meninggalkan tempat yang sudah menjadi tempat selesa bagi aku. Suami pula disana hampir 6 tahun dan dia juga punya perasaan seperti aku.

Kami sentiasa positif dengan setiap keputusan yang kami lakukan, semua ini kalau tidak bersama dengan izin dariNya tidak akan berlaku dan disebalik yang terjadi punya seribu 1 hikmah yang kami tak tahu.

Kami sentiasa bersangka baik dengan Allah bahawa Allah akan sediakan kami rezeki yang tidak disangka dan besar. Kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang.

Jadi apa yang kami lakukan di kedah selepas berhenti kerja di selangor? Nanti aku sambung di posting seterusnya.

Salam 4 Ramadhan.

15/3/2024

  • Share:

You Might Also Like

0 comments