Punten Sambal Hijau

By Syifaa Zakaria - 6:05 PM

 Assalamualaikum Semua!

Menu berbuka apa harini? Harini aku nak share resepi Punten Sambal Hijau versi Syifaa Zakaria. Punten ni makanan jawa dan menjadi viral pertengah Januari haritu. Tapi masa tu aku sibuk nak pindah balik ke kedah jadi tak sempat nak beli.

Kebetulan dengan bulan puasa ni, aku buat sendiri dan menjadi! Aku pun tak percaya jadi punten cara orang kedah.

Tapi aku ada ubah ikut cara aku. Resepi seperti dibawah :

Punten

1 cawan beras

3 1/2 air

1 kotak santan kara 65ml

1 sudu besar minyak

Sehelai daun pandan

Secubit garam

Sambal

3 ulas bawang besar

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

segenggam cili hijau/cabai melaka

Segnggam ikan bilis

Garam

Gula

Cara Masak Punten :

Basuh beras kemudian masukkan air, santan, minyak, garam dan daun pandan

Gaul seketika dan masak seperti biasa

Selepas nasi dah masak boleh bentukkan ikut citarasa sendiri tapi saya bentukkan seperti yang sedang viral sekarang ni.



Cara Masak Sambal Punten :

Blend semua bawang besar,bawang merah,bawang putih dan cili hijau. Nampak halus baru masukkan ikan bilis dan blend kasar. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah diblend, masak sehingga pecah minyak. Tahap kepedasan ikut citarasa sendiri nak kurangkan pedas boleh banyakkan bawang. Masukkan gula,garam gaul sekata dan boleh tutup api.



Sekian resepi versi Syifaa Zakaria, selamat mencuba!

P/S: Gambar sambal lupa nak ambik! huhuhu










  • Share:

You Might Also Like

0 comments