Selamat tinggal Selangor!

By Syifaa Zakaria - 1:55 PM

 Assalamualaikum,

Hampir sebulan aku dan suami meninggalkan bumi Selangor dan berhijrah balik menetap di Kedah. Keputusan ini dibuat oleh beberapa faktor yang kami rasa sudah sampai masa untuk berkorban dan berhijrah.

Jika ditanya adakah ini keputusan tepat? Kami juga tidak ada jawapan untuk keputusan ini tapi kami percaya setiap yang terjadi ini tersembunyi seribu rahsia yang Allah telah tetapkan kepada kami suami isteri.

Meninggalkan bandar besar yang mempunyai pelbagai fasiliti dan kemudahan merupakan satu cabaran. Aku disana sejak bergelar pelajar dan kemudian terus bekerja. Sudah terbiasa dengan suasana sibuk dari pagi sehingga malam dan secara jujurnya aku merindui suasana tersebut.

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan pekerjaan kepada suami dan aku sekarang menjadi perunding takaful sepenuh masa. Aku menyertai takaful adalah kerana aku ingin menyebarkan kepada semua tentang pentingnya takaful dan setiap orang perlu mempunyai sekurangnya 1 takaful untuk diri atau keluarga.

Tentang takaful ni nanti aku cerita di posting yang lain, semoga dengan penghijrahan kami kembali ke Kedah menjadi asbab kami akan terus berjaya dimasa hadapan.

Tolong doakan kami semua!



  • Share:

You Might Also Like

0 comments