Bukit Gasing, selepas PKP

By Syifaa Zakaria - 12:40 PM

Assalamualaikum.


Harini program hanya mendaki ke bukit gasing dengan nana dan megat. Gerak dari rumah pukul 7.00pagi sampai rumah nana pukul 7.45pagi, patutnya sampai pukul 7.25pagi disebabkan salah simpang dan berpusing 2 kali dijalan yang sama maka sampai lah lambat.

Bukit gasing dengan rumah nana hanya ambik masa 10minit, sampai di kawasan bukit gasing kereta dah penuh dan pencarian parking bermula. Disebabkan pernah ada pengalaman kena saman sebab parking ditempat yang salah maka harini sanggup berjalan jauh sikit dari kena sama. hiks!

Sampai di pintu masuk Bukit gasing jam 8.00pagi lepas daftar nama di website selangkah terus bergerak ke kawasan temple siva sebabnya disitu ada permandangan berbanding puncak bukit gasing sendiri. Perjalanan dari pintu masuk ke kawasan temple siva mengambil masa selama 35minit, agak mengagumkan sebabnya hampir 10 bulan tak mendaki.

Sebelum sampai ke puncak berhampiran temple siva korang akan melalui kawasan pencawang TNB, dan disebelah pencawang tu ada tangga boleh naik tangga terus ke puncak berhampiran temple siva diatas.

 Kawasan masuk ke Bukit gasing diletakkan tali pemisah antara masuk dan keluar. Jangan lupa scan selangkah semua! SOP perlu ikut walaupun bersenam.

Kawasan pacak yang bila tengok terus rasa menyesai, sebab apa aku tak daki bukit katil ja tadi.

Persimpangan antara terok dan senang. Korang boleh pilih mana yang korang suka. Semestinya aku pilih senang! hahaha!

Yeayyy!! sampai peak dikawasan temple siva. we did it nana!

View disini menghadap kearah puchong.

View Puchong

Selepas turun dari sini kami bertiga bercadang nak ke kawasan titi gantung, dah mendaki tangga sehingga tinggalan menara tinjau dan bertanya orang jauh tak titi gantung dari situ. Jawapan yang diterima sangat menduka cita sebab agak jauh dari kawasan kami berhenti berehat maka berpatah balik kami sebab tengah hari nanti nana nak kerja. Kalau tak kerja ada yang tawaf bukit gasih sampai habis, insyaallah ada umur dan masa kita tapau lain.

Sekian aktiviti hujung minggu aku. Bye!








  • Share:

You Might Also Like

0 comments