Medan Trip ( 8.9.2018 - 11.9.2018 )

By Syifaa Zakaria - 10:58 AM

Assalamualaikum.

Dibawah adalah itinerary dan belanjawan untuk trip ini, semoga bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin ke medan. Trip kami ni tak ada main air sebab semua sejenis malas nak pack baju basah lencun jadi semuanya hanya sightseeing sahaja.

Alhamdulillah, selesai trip menikmati keindahan alam di Medan, Berastagi, Danau Toba dan Pulau Samosir. MasyaAllah, priceless view. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk kembali lagi ke sini, sebab masih ada tempat yang belum sempat diteroka.

Macam plan ke Korea sebelum ni, trip ke Medan pun decide dalam masa seminit untuk beli tiket dengan #GengOtakSeminit - Syifaa Zakaria.Jadinya, 16/03/2018 kami cari tiket dan tengok MAS offer harga paling menarik dan terus beli masa tu juga.

Lepas tu, dalam masa 3 hari terus survey tour guide yang sesuai, jumpa page TOUR GUIDE MEDAN dan Syifaa berurusan dengan Bang Sani Tanjung, yang tak jemu-jemu melayan soalan. Respon sentiasa cepat. Servis terbaik! Terima kasih, bang!

Jadinya, sesiapa yang teringin nak explore Medan, boleh terus berhubung dengan Bang Sani Tanjung ya. Jangan risau, Bang Sani tak garang, dia sporting!. Hihihi

Oh ya, tak dilupakan… ni orang yang paling penting, guide Try Agung Wardhana, terima kasih banyak-banyak ya kerana sabar dan tabah melayani kami bertiga, memang sekepala! Boleh tahan dia punya kelakar. Masuk kereta terus sembang, gelak ketawa sampai nak pecah perut, macam kawan yang dah lama kenal. Yang penting, skill memandu Agung memang wow!!! Nggakk bisa ditandingi. Boleh masuk F1!

Terima kasih geng travel Syifaa Zakaria dan Nadiah Napiah (pertama kali jumpa kat KLIA, hari nak fly) untuk trip kali ni. Semoga perjalanan ini menjadikan kita lebih berkeyakinan dan dapat mengenali potensi sebenar diri sendiri, selain sentiasa bersyukur dengan setiap nikmatNya. Nasihat ini ditujukan kepada diri sendiri. Hahaha..Insyaallah, ada rezeki… jom jalan-jalan lagi!

Nah, itinerary untuk rujukan - #EryaWander

 

KL - MEDAN (4D3N) | 08.09.2018 – 11.09.2018

 

DAY 1 - 8.11.2018

1. KLIA & Check in @ 10.00am

2. Lunch @ 12.30pm

3. Depart from KLIA (Flight delay @ 03.55pm)

4. Arrived @ Kualanamo Airport (Medan) - local time @ 4.00pm

5. Disambut oleh Tour Guide (Agung)

6. Bertolak ke Berastagi (kawasan sejuk, 4 jam perjalanan)

7. Singgah beli Simkad Telkomsel (90K/12GB) -kongsi bertiga.

8. Dinner di Ayam Penyet Cindelaras Sibolangit @ 8.30pm

9. Check in Grand Orri Hotel, aktiviti bebas, rehat @ 10.00pm

 

DAY 2 - 9.11.2018

1. Sightseeing sekitar kawasan hotel, breakfast @ 7.00am. Sempat berkenalan dengan Bu Aris

2. Singgah bergambar di Gunung Berapi Sinabung (Gunung berapi ni masih aktif sampai sekarang) @ 9.15am

3. Sipiso-piso Waterfall @ 10.30am

4. Menara Pandang Tele (amazing view Lake Toba, Pulau Samosir & Gunung Pusuk Buhit) @ 12.50pm

5. Efrata Waterfall @ 01.30pm

6. Hiking Bukit Holbung (Bukit Teletubbies/Bukit Cinta – pemandangan sangat cantik, speechless) @ 02.30pm

7. Lunch @ 4.00pm

8. Tomok – Hujan lebat, jadi singgah kedai jual souvenir sahaja, berkenalan dengan masyarakat Batak sekitar.

9. Bertolak ke Tuktuk – Danau Toba

10. Check in Carolina Cottage Hotel @ 05.30pm

11. Dinner di kawasan sekitar Tomok @ 08.00pm

12. Balik hotel, rehat @ 9.00pm. 

 

DAY 3 10.9.2018

1. Santai di tepi Lake Toba, check out hotel, breakfast.

2. Bertolak ke Jetty Simanindo – Jetty Tiga Ras

3. Bukit Indah Simajarunjung – landscape view Tanjung Unta, Pulau Samosir, Lake Toba)

4. Bertolak ke Sidamanik – pemandangan kebun teh, hujan sepanjang perjalanan, tengok je la view kebun. Tak bergambar)

5. Hujan lebat sepanjang perjalanan, jadi tak dapat explore Bah Damanik, kolam jernih semula jadi.

6. Pematang Siantar – Lunch di Ayam Penyet Cindelaras, (sotong goreng tepung, sedap oi! Hahhahaa.. wajib try!)

7. Singgah solat di Masjid Agung Kota Tebing Tinggi.

8. Bertolak ke Medan

9. Dinner di Kafe Sobat Adam Malik – Kota Medan.

10. Check in Kama Hotel. Rehat. @ 8.00pm

 

DAY 4 11.9.2018

1. Check out hotel, breakfast @ 06.15 am

2. Bertolak ke Kualanamu Airport @ 7.30am (Agung sempat bawa pusing-pusing tengok Istana Maimun)

3. Boarding, flight to Malaysia @ 09.20am

4. Mendarat di KLIA @ 11.20am

5. Naik bas balik JB @ 03.00pm

 

Kos keseluruhan :

Bas Causeway Link (JB – KL ) : RM 68.10 (return)

Grab Car (Larkin Sentral – rumah) : RM21

Flight (MAS) + meal + 30kg : RM198.10 (return)

Pakej tour : RM546

Chubb Insurans : RM32.60

Simkad Telkomsel (90k/3) : RM8.40

Share dengan Syifaa :

Parking 4D3N @ Salak Tinggi : RM27/2 = RM13.50/seorang

Salak Tinggi - KLIA (return) : RM19.60/2 = RM9.80/seorang

Jumlah keseluruhan : RM897.50 (tidak termasuk makan dan spot bergambar di Bukit Indah Simarjarunjung)

 Boleh tengok gambar tempat yang kami semua pergi dibawah.

 





























Itinerary adalah hak cipta kak erya, lebih banyak lagi gambar disini.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments