Kemana menghilang selama 5 tahun
Assalamualaikum.
Sebenarnya aku tak ada cerita nak cerita pun sepanjang 5 tahun tak update blog ni aku buat apa. Tapi boleh lah cerita sikit-sikit cerita banyak nanti orang bosan nak baca. Masalah utama adakah ada orang nak baca blog aku ni?
Lepas grad dari unikl aku terus kerja di JKKN sebagai Multimedia Designer dan pembantu permata seni, sekarang ni dah tukar nama pintar kalau tak salah aku lah. Masa keja disitu dulu tahap sibuk tak boleh bincang sampaikan bilik sewa tu macam hotel dan hotel pulak macam bilik sendiri. Setiap minggu bertukar hotel balik bilik sewa hanya basuh baju, tukar baju baru tidoq lah semalam lepas tu tidoq hotel balik.
Masa lepas grad mana fikir pasal diri hanya kerja sahaja dalam kepala, setiap minggu wajib kena tonsil dan migrain sebabnya tak cukup rehat dan ada masa abah aku call tanya "dah tak ingat jalan balik rumah ka?". Tapi seronok sangat sebab macam-macam ilmu dapat masa keja dengan permata seni. Jodoh dengan JKKN dan permata seni hanya bertahan selama setahun ja lepas tu resign dan beralih arah ke industri penerbangan pulak.
Sampai sekarang lah aku bekerja di industri penerbangan dengan keadaan sekarang industri penerbangan sangat terjejas dan syarikat sedang berusaha untuk terus berdiri untuk keluar dari kemelut yang dihadapi. Aku percaya ramai yang sedang hadapi masalah ni sebab ini bukan masalah negara sendiri tapi dunia.
Selain sibuk dengan dunia pekerjaan aku juga sibuk memenuhi hobi yang dulu tak boleh nak ikut seperti mendaki dan melancong. Sejak bekerja ada duit sendiri aku mula mendaki bukit, gunung dan melancong dengan kawan-kawan. Cuma sekarang kena kurangkan sebab covid19 masih banyak dan perlu menjaga kesihatan bersama.
Sepanjang 5 tahun aku menghilang ni macam - macam aku buat nanti aku akan post satu - satu di dalam blog ni walaupun sebenarnya bukan ada orang baca pun. Aku bukak blog ni balik pun sebenarnya nak share pasal itinerary mendaki dan melancong. Mana tahu boleh share dengan yang lain untuk cari idea tempat mana nak pergi. Nanti aku post setiap satu tempat yang aku pergi. Insyaallah.
Sekian.



0 comments