Welcome Smoky!
Assalamualaikum.
Harini nak update pasai smoky si gemuk, bulan lepas housemate aku cakap dia nak bela kucing pastu aku dah start susah hati sebab housemate aku selalu outstation dan aku ni ada elergik yang tak boleh pegang kucing sangat. Bila aku pegang ja terus hujung - hujung jari aku gatai dan mula lah mengaru sampai luka.
Disebabkan kami pun tak buat apa aku pun setuju, dipendekkan cerita selepas 2 minggu dari hasil perbincangan maka smoky pun sampai di rumah kami. Smoky ni kucing kawan housemate aku so dari niat nak beli Allah rezeki kan kami dapat free. So start haritu smoky pun jadi housemate aku yang pasti kenc*ng dan b*r*k dia orang yang kena bersihkan. huh!
Smoky ni persian cat so hidung dia penyet, selalu bersin,batuk dan bernafas bunyi macam manusia. Bila duduk sorang dekat rumah aku selalu lupa yang aku duduk dengan seekoq kucing bukan manusia.




0 comments