Tips mendaki kepada pemula (beginner) Part 1

By Syifaa Zakaria - 5:52 PM

Assalamualaikum.


Harini aku nak share tips mendaki kepada pemula atau beginner, ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri.

Mula-mula aku mula libatkan diri dalam dunia pendakian ni, aku akan tanya kepada kawan-kawan yang dah lama terlibat dengan dunia ni dan macam mana diaorang sesuaikan diri dengan tempat yang dah pergi.
Sekali lagi aku ulang tips ini adalah dari pengalaman dan pemerhatian aku sendiri, jika korang ada yang nak tambah boleh komen dibawah.

Tips yang aku akan share adalah :

1. Mengkaji tempat yang ingin pergi. Sebelum ke tempat baru, korang wajib search tempat yang nak pergi di google dan dari situ korang akan dapat agak bagaimana trek tempat tersebut. Tidak kisah kemana pun korang pergi samada bukit atau gunung korang kena search dan tengok bagaimana suasana dan trek tempat tersebut.

2. Persiapan. Jika korang buat day trip atau pendaki sehari korang perlu bawak keperluan asas korang. Jika itu adalah pendakian pertaman korang perlu bawak bersama sport candy, asam, energy bar, air kosong, sport drink dan first aid. Semua ini berguna semasa pendakian dan semasa korang berada didalam hutan.

3. Kasut yang bersesuaian. Pastikan korang pakai kasut hiking, atau kasut getah yang orang bawah pergi menoreh tu dan stoking yang bersesuai. Jika memakai kasut hiking pastikan kasut lebih besar 1 saiz dari saiz asal kaki korang sebabnya ketika menuruni bukit atau gunung boleh menyebabkan kaki terluka jika kasut yang korang pakai sama saiz dengan kaki.

4. Menjaga percakapan dan tingkah laku. Sebelum, semasa dan selepas. Hutan bukan tempat kita tetapi bersama dengan yang lain, sentiasa menjaga tingkah laku, percakapan dan bagi muslim sentiasa menjaga solat walaupun didalam hutan.

5. Makan dan minum. Sebelum mendaki dinasihatkan untuk mengambil makanan dan minuman dahulu. Bawak lah roti atau nasi lemak ke atas untuk mengisi perut selepas penat mendaki untuk sampai ke puncak. Makan nasi lemak diatas puncak adalah 1 kenikmataan yang lain dari makan dibawah!

Cukup dulu untuk masa sekarang nanti bila dah ingat aku sambung lagi part 2. Diigatkan kembali ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku semasa mendaki dan sedang menjadi pendaki.

Adios! Bye!



  • Share:

You Might Also Like

0 comments