Pendakian pertama di Bukit Gasing
By Syifaa Zakaria - 10:57 PM
Assalamualaikum.
sebenarnya aku terjebak dengan hobi mendaki ni tahun 2016, disebabkan terpengaruh dengan gambar-gambar yang halem upload setiap kali dia mendaki. jadi untuk pertama kalinya aku join dia mendaki di bukit gasing dengan vee. Last bersukan masa zaman sekolah menengah, masuk diploma dan degree hanya makan,tidoq,buat assignment dan mengarut dengan kawan-kawan.
Mula-mula mendaki tahap stamina sangat teruk, bukit gasing terkenal dengan tangga yang banyak dan setiap route mesti berjumpa tangga. Aku give up sepanjang jalan! Tapi hanya saat itu lepas balik rumah dah whatsapp halem tanya next week mana nak mendaki pulak.
Tiada istilah serik bila dah mula mendaki, bagusnya mendaki ni akan jumpa ramai kawan baru dan sepanjang perjalanan akan jumpa ramai akan memberi semangat bila tengok kita dah tinggal suku nyawa. Semestinya ayat tak jauh dah, 5minit lagi sampai, depan tu lepas batu tu sampai akan terkeluar dari semua.
Apa pun pengalaman pertama mendaki sangat berharga dan aku belajar banyak benda tentang kehidupan semasa mendaki. Apa pengajaran yang aku dapat masa mendaki nanti aku cerita dalam blog kemudian.
Hadiah pertama kali cuba mendaki. Tapak kasut tercabut kiri dan kanan.
Peak Bukit Gasing
Jambatan Gantung
Berenti rehat cari nyawa
mana rasa cantik berenti bergambar
Yeahhh! berjaya jumpa jalan keluar







0 comments