Sarapan Pagi di Melaka

By Syifaa Zakaria - 12:53 PM

 Assalamualaikum.

weekends lepas aku ke melaka dengan kesayangan sekalian untuk majlis kak nieta, di taman pahlawan kalau tak salah tapi kalau salah maafkan saya.

Gerak dari rumah pukul 8.20pagi singgah rumah mak ina dan gerak ke melaka jam 9.00pagi dan sudah tentu tak sempat nak sarapan. On the way google lah mencari tempat sarapan menarik di melaka, dan tertarik dengan Warung Nek Munah.

Sampai di situ jam 10.20 pagi, semestinya semua mengikut sop yang ditetapkan oleh pihak berwajib, semua memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial antara satu sama lain.

Pihak kedai juga mengikut sop yang ditetapkan dengan meletakkan pembaca suhu badan, hand sanitizer, dan QR code MySejahtera di depan masuk kedai.

Dikedai ini menggunakan konsep layan diri, buat tempahan, hantar di kaunter dan terus membuat pembayaran di kaunter. Makanan akan dihantar selepas membuat pembayaran. Kami berempat membuat pesanan Lontong, Soto Nasi dan Roti Canai Telur.

Makanannya semua sedap!! Tak menyesal singgah dan rasa.

Suasana didalam kedai sangat tenang dan tidak ramai pelanggan

Kopi ni sangat sedap dan kena dengan tekak!

Soto nasi

Lontong

Setiap meja akan disertakan nombor meja seperti ini untuk rujukan penghantar makanan.

Maaf roti canai telur tak ambik gambar sebabnya sama macam kedai yang lain. Hiks! Jika keluar dari alor gajah hanya memerlukan masa 20minit untuk sampai ke warung ini.

Selamat mencari dan menjamu selera!


  • Share:

You Might Also Like

0 comments