Shellout di Rumah

By Syifaa Zakaria - 11:19 AM

Assalamualaikum.

Selepas beberapa ketika asyik menyanyi nak buat sendiri shellout, semalam dengan jayanya berjaya menjadikan impian shellout di rumah.

Resepi macam biasa hanya google di internet dan jumpa disini.Derhaka sedikit dengan resepi tak masukkan udang kering dan sos ikan.

Sampai rumah terus mandi dan solat lepas tu terus bersilat siapkan bahan menumis dan rebus merebus.


Housemate hantar gambar ni tapi tak cukup sotong mulanya. Ku sangkakan tak beli rupanya tak cukup ruang nak masuk dalam gambar.

Selepas sesi basuh membasuh baru ada sotong dalam gambar. yeay!!

Alhamdulillah berjaya dan rasanya sama macam makan dikedai!
Gambar semasa membuat boleh tengok di blog yang aku share diatas, step dan warnanya sama.

Akhirnya berjaya buat, makan sampai tersandaq oiiii! Housemate cakap baru puaih makan macam ni kalau makan dekat kedai, bayaq mahai isinya sikit.

Harap lama sikit lah request shellout lepas ni.

Sekian.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments