Day trip ke Sky Mirror, Kuala Selangor.

By Syifaa Zakaria - 5:14 PM

Assalamualaikum.

Aku nak kongsi day trip ke Sky Mirror, Kuala Selangor.Sebenarnya dah lama aku pergi sini kali pertama aku pergi pada bulan july 2018, kali kedua bulan sept 2018 dan terakhir dec 2018.

Aku memang suka melancong dan mencari tempat-tempat menarik untuk bergambar. Sebab aku suka ambik gambar dan bergambar. Kali pertama aku pergi dengan effa dan jue. Kemudian aku pergi dengan kak erya dan terakhir aku pergi dengan zahirah. Yang pertama kali tu semestinya aku menggoda mereka dengan gambar-gambar yang cantik dah semuanya gilakan gambar yang cantik jadi senang lah keja untuk menggoda mereka.

Kali kedua dan ketiga adalah hasil terpengaruh dengan gambar-gambar aku dekat sana. Sky mirror ni ada 4 waktu yang boleh pergi, pertama pagi, kedua tengah hari, ketiga petang dan keempat sunset. Aku dah pergi tiga waktu yang berbeza hanya tinggal 1 waktu lagi iaitu sunset.

Dekat sini aku letak itinerary kali pertama aku sampai, semuanya sama kecuali waktu bergerak dari jeti ke tempat yang ditetapkan.

Itinerary

Dibawah gambar semasa aku pergi kesana, aku masukkan ketiga-tiga waktu yang aku pergi.













Gelang getah ini diberikan semasa di jeti untuk membezakan syarikat atau wakil mana yang kita ikut.

Berita baik!!! sekarang harga untuk ke Sky Mirror hanya RM60 jika sebelum ini RM75 pada 2019 dan sebelum berlaku covid19. Sekarang hanya RM60. Boleh rujuk sini untuk tempah tempat sebelum terlambat!








  • Share:

You Might Also Like

0 comments